Skip to content
Bijak Tech Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

  • Berita Teknologi
  • Apa Itu ?
  • Perbandingan
  • Senarai Terbaik
  • Lain-Lain
  • Lebih Lanjut
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
Bijak Tech
Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

Lebih Berbaloi dari Spotify: YouTube Music Premium + YouTube Premium

An-Naim Jamhari, November 9, 2019

Mestilah awak tahu mengenai Spotify kan ? Ia adalah satu aplikasi penstriman-lagu yang terkenal di serata dunia. Spotify Premium membolehkan pengguna menikmati musik dan lagu tanpa gangguan iklan, memuat-turun dan strim pada kualiti tinggi dengan langganan berharga RM14.90.

Tapi, baru-baru ni Google baru membawakan YouTube Premium dan YouTube Music Premium ke Malaysia. Jadi, marilah Bijak Tech bagitahu serba sedikit mengenai ‘barang baru’ ini.

Apa itu YouTube Premium dan YouTube Music Premium ?

YouTube Premium adalah servis langganan penstriman-berbayar yang menyediakan penstriman bebas iklan pada semua video di YouTube, termasuklah YouTube Original (filem, dokumentari, drama di bawah produksi YouTube).

YouTube Music Premium adalah servis penstriman musik seperti Spotify, Tidal dan lain-lain. Ia juga mempunyai playlist lagu, video dan lain-lain.

Dengan langganan berjumlah RM17.90 sebulan, anda akan mendapat akses terhadap YouTube Premium dan YouTube Music Premium. Walaupun ia adalah RM3 lebih mahal berbanding harga Spotify, tetapi ia adalah lebih berbaloi kerana anda akan mendapat 2 servis pada satu masa.

 

Apa Itu ?

Post navigation

Previous post
Next post
©2025 Bijak Tech | WordPress Theme by SuperbThemes