Apa itu VPN?
Virtual private network (VPN) adalah teknologi yang mewujudkan sambungan yang selamat dan encrypt ke atas rangkaian yang kurang selamat, seperti internet.
Teknologi VPN telah dibangunkan sebagai satu cara untuk membolehkan pengguna dan pekerja pejabat mengakses aplikasi korporat dan sumber lain dengan selamat.
Untuk memastikan keselamatan, data akan melalui tunnel yang selamat dan pengguna VPN mesti menggunakan kaedah pengesahan – termasuk kata laluan, token dan kaedah pengenalan unik yang lain – untuk mendapatkan akses ke VPN.
Kebaikan dan keburukan menggunakan VPN
Manfaat menggunakan VPN yang selamat adalah dapat memastikan tahap keselamatan anda terjamin, apabila sistem yang bersambung dengan internet yang asalnya tidak boleh berbuat demikian.
Prestasi VPN boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor, diantaranya ialah kelajuan internet pengguna, jenis protokol pembekal perkhidmatan internet boleh digunakan dan jenis penyulitan yang digunakan oleh VPN. Prestasi juga boleh terjejas oleh kualiti perkhidmatan dan syarat yang tidak berada di luar kawalan IT seperti lokasi server yang jauh.
Daripada gambar di atas, kita dapat tahu bahawa beza antara pengguna VPN atau tidak.
Yang menggunakan VPN, data anda akan dikunci oleh VPN sebelum tiba kepada pembekal internet. Manakala yang tidak menggunakan VPN, maka data anda terus sampai ke pembekal internet anda.
Maka, vpn dapat mengatasi apa yang dihalang oleh pembekal internet seperti akses kepada website terlarang dan mengubah lokasi kita (bergantung kepada server yang anda connect)
Maka, apa yang kita buat akan kekal selamat kerana kita dalam anonymous mode semasa menggunakan VPN.
Selain itu, jika anda connect Wifi di tempat awam dan bertujuan melakukan kerja yang mempunyai maklumat sensitif, pasti anda perlukan VPN kerana dapat melindungi anda daripada hacker.
Berdasarkan pengalaman saya semasa tingkatan 3, betapa mudahnya nak pantau mana-mana pengguna yang bersambung dengan WIFI dengan sebuah telefon Lenovo seperti dapat tahu mereka tengah buka website apa, gambar apa yang mereka tengah akses dan sebagainya.
Protokol VPN
Terdapat beberapa protokol yang berbeza yang digunakan untuk menyulitkan data pengguna:
- Keselamatan IP (IPsec)
- Lapisan Soket Soket (SSL)
- Keselamatan Layer Pengangkutan (TLS)
- Protokol Terowong Titik Ke Titik (PPTP)
- Protokol Terowong 2 Lapisan (L2TP)
- OpenVPN
Macam mana nak pilih VPN?
Nak selamat, VPN haruslah yang berbayar. Jika percuma, mungkin syarikat tersebut akan menjual data anda kepada orang lain.
Pilih VPN yang menawarkan lokasi server yang berdekatan dengan anda. Hal ini dapat mengurangkan ping dan meningkatkan kelajuan internet.
Jika anda nak beli VPN, buat sedikit research terhadap VPN tersebut. Jika anda ada maklumat sensitif, guna VPN yang menawarkan jaminan “No logs” di mana ia tidak akan menyimpan data anda.
Jika anda jenis kaki torrent, pilih VPN yang supoort. Jika tidak, VPN ada akan diban serta merta.
3 VPN Terbaik 2019
Untuk menikmati VPN dengan selamat dan sempurna, anda perlu pertimbangkan VPN Premium berbayar di mana ia adalah satu ‘pelaburan’ yang tepat. Jadi, kami akan menyenaraikan 3 VPN terbaik yang mempunyai reputasi cemerlang di seluruh dunia.
1. ExpressVPN
Ia adalah khidmat VPN terbaik untuk kesemua orang. Aplikasi yang stabil, pantas dan mudah digunakan. Ia menawarkan khidmat VPN yang cemerlang dari segi sokongan pelanggan dan menjaga privasi pengguna. Jika anda ingin mengakses Netflix USA, ExpressVPN adalah yang terbaik untuk anda kerana pretasi kelajuan yang stabil dan menggagumkan!
2. NordVPN
Jika ExpressVPN adalah juara kepantasan VPN, maka di tempat kedua adalah NordVPN iaitu juara keselamatan VPN – sehinggakan pada tahap ‘tentera’ dengan 2048-bit encryption. Ia menawarkan perkhidmatan terbaik untuk mengelakkan kebocoran DNS, IP dan sebagainya terhadap ‘pencuri’.
3. IPVanish
Jika anda hanya memerlukan VPN yang bagus pada harga yang murah, anda perlu pertimbangkan IPVanish. Menyokong sehingga 10 pelbagai jenis peranti pada satu masa serta langganan bulanan yang jauh lebih murah dari yang lain, ia boleh dikatakan sebagai ‘berbaloi’.
Amaran!
Tujuan utama VPN adalah untuk menyediakan platform internet yang selamat untuk anda, iaitu melindungi segala data dan paket internet melalui peranti anda ke rangkaian internet di dunia. Namun, ada potensi kebocoran boleh berlaku sewaktu menggunakan VPN, maka:
- lokasi anda boleh dikesan
- data anda tidak selamat
- maklumat anda boleh dikumpul oleh pihak tidak bertanggungjawab
Oleh yang demikian, anda perlu menguji VPN anda setelah menghidupkannya, dengan ujian DNS Leak Test. Melalui ujian ini, anda boleh menggunakan mana-mana VPN dengan lebih berkesan untuk mengatasi isu-isu seperti diatas. Sehubungan dengan itu, anda boleh membaca lebih lanjut mengenai DNS Leak Test di portal Pixel Privacy yang menfokuskan kepada privasi pengguna – What is a DNS Leak and How to Fix it.