Skip to content
Bijak Tech Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

  • Berita Teknologi
  • Apa Itu ?
  • Perbandingan
  • Senarai Terbaik
  • Lain-Lain
  • Lebih Lanjut
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
Bijak Tech
Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

iflix Telah Dibeli oleh Tencent

An-Naim Jamhari, June 25, 2020

iflix merupakan sebuah platform penstriman yang lebih tertumpu kepada kandungan dari Asia Tenggara. Syarikat teknologi ini merupakan startup dari Malaysia yang telah berjaya mengumpul sejumlah RM1.3 bilion menerusi lebih 25 juta pelanggan mereka.

Namun, iflix menghadapi masalah kewangan sejak beberapa tahun ini dan bertambah teruk ketika pandemik ini. iflix juga berhadapan dengan masalah hutang dan terpaksa membuang banyak pekerjanya. Menurut sebuah laporan Lowyat.net, iflix telah dijual kepada Tencent sekitar RM4.3 bilion. Di Google Play Store, iflix didaftarkan di bawah pengendali Renfeng Media Tech Inc., iaitu anak syarikat di bawah Tencent.

Perkara ini juga telah disahkan oleh Variety, yang telah melaporkan menerima emel pengesahan oleh Tencent. jenama iflix akan kekal untuk 6-12 bulan akan datang sebelum dijenamakan semula atau berkolaborasi bersama WeTV (Aplikasi penstriman dari Tencent). Tambahan lagi, kandungan, teknologi dan sumber iflix telah dibeli oleh Tencent sebagai strategi utama untuk mengembangkan platform penstriman WeTV ke seluruh Asia Tenggara dengan menawarkan kandungan antarabangsa, tempatan dan konten berkualiti tinggi dalam pelbagai kategori dan bahasa.

Menerusi pembelian iflix ini, Tencent mempunyai kandungan yang berkualiti untuk menyediakan platform penstriman yang baharu, atau sebagai langkah untuk meningkatkan kualiti WeTV mereka. Tencent merupakan sebuah syarikat gergasi dari China yang menfokuskan kepada hiburan internet seperti WeChat dan PUBG.

Berita Teknologi

Post navigation

Previous post
Next post
©2025 Bijak Tech | WordPress Theme by SuperbThemes