Sony secara rasmi akan melancarkan PlayStation 5 pada minggu hadapan iaitu 12 Jun. Syarikat tersebut telah menunda tarikh pelancaran kerana protes di Amerika Syarikat bertambah teruk. Patutnya, Sony dijadualkan untuk hos acara ini pada 4 Jun lepas, berikutan pandemik coronavirus.
Menurut CEO PlayStation, Jim Ryan memberitahu bahawa acara ini akan memperlihatkan video games yang khusus dihasilkan untuk permainan konsol. Ia juga berlangsung penuh secara online dan sekitar 1 jam.
PlayStation juga Tweet pada 1 Jun lepas “Kami faham bahawa gamers sedunia tidak sabar untuk melihat PS5, tetapi ia bukanlah sekarang untuk menyambut dan sekarang, kita akan tunggu dahulu”.
— PlayStation (@PlayStation) June 1, 2020
Acara pelancaran PS5 ini akan berlangsung pada 12 Jun pukul 4 pagi waktu Malaysia. Acara ini akan berlangsung melalui portal Sony atau YouTube dan pihak Sony telah mencadangkan kepada penonton untuk menggunakan headphone ketika menonton video. Ini kerana mereka telah bekerja pada audio, yang tidak akan jelas jika dimainkan melalui speaker pada laptop/telefon. Akhirnya, PS5 akan diperkenalkan kepada dunia selepas 6 tahun, 6 bulan, dan 30 hari pelancaran PS4.
Fungsi Terbaru dan Kelebihan PlayStation 5
- Joystick terbaru dengan reka bentuk yang baharu dan juga fungsi yang diperbaharui – diberikan nama DualSense PS5 Controller.
- Spesifikasi dalaman yang sangat KERAS seperti CPU, GPU, SSD! Big upgrade daripada spesifkasi PS4: