ZTE, merupakan salah satu syarikat pengeluar peranti dari China yang mencuri perhatian ramai kerana telah memperkenalkan telefon pintar pertama yang menggunakan cip Snapdragon 865 pada hari ini. Telefon pintar ini dinamakan ZTE Axon 10s Pro yang menawarkan sokongan rangkaian 5G.
ZTE Axon 10s Pro didatangkan dengan skrin 6.47-inci AMOLED, menggunakan memori sehingga 12GB RAM LPDDR5, storan sehingga 256GB dan bateri berkapasiti 4000mAh.
Peranti ini juga menggunakan tri-kamera gabungan 48MP + 20MP + 12MP, selain kamera swafoto 20MP.
Jika dilihat dari segi rekaan, peranti ini menawarkan rekaan yang seumpama dengan kebanyakkan peranti lain yang berada di pasaran dan menggunakan skrin bertakuk di atas. ZTE menggunakan Andorid 9 Pie bersama antaramuka MiFavor 10 pada peranti ini.
Berdasarkan pengunguman ini, kita mungkin akan dapat melihat peranti ini dipamerkan pada acara MWC 2020 pada hujung minggu ini.