Nampaknya Xioami akan menghoskan sebuah event di China dalam beberapa jam lagi (24 September pada 2PM, waktu Malaysia) di mana mereka akan perkenalkan Mi 9 Pro dan Mi Mix Alpha. Semalam, syarikat tersebut telah menyebarkan kamera 108MP di mana ia dijangka dilengkapkan pada Mi Mix Alpha.
Melalui Weibo, postingan dari Xioami yang diterjemahkan, “zaman 100MP” dan ia juga menyebut resolusi 12032 x 9024 pixel – yang nampaknya mempunyai 108MP.
Postingan ini juga mempunyai imej di mana Xioami ingin menunjukkan kebolehan zum masuk 8x. Hasilnya, gambar tersebut mempunyai kualiti yang amat baik, tapi, ia telah ditangkap di kawasan fotografi yang baik. Oleh yang demikian, sama-sama kita nantikan bagaimana peranti ini beroperasi di dunia realiti.