Awal minggu ini, Samsung mengumumkan pelan mereka untuk membangunkan sensor kamera 600MP yang lebih terperinci dari mata manusia. Manakala sensor 600MP ini tidak akan wujud dalam tempoh terdekat, maka yang akan wujud dalam tempoh terdekat adalah Samsung akan melancarkan sensor kamera baharu 150MP dalam tahun ini, menurut Ice Universe di laman Weibo.
Menurut sumber tersebut, Xiaomi akan menjadi telefon pintar pertama yang akan menggunakan sensor 150MP baharu ini. Tambah sumber itu, telefon Xiaomi ini akan dilancarkan pada penghujung tahun ini. Selain itu, Samsung juga sedang bekerja dalam menghasilkan sensor baharu 250MP.
Tahun lepas, Xiaomi merupakan jenama pertama yang menggunakan sensor 108MP dari Samsung untuk Mi Note 10, dan mungkin Xiaomi akan menjadi jenama pertama lagi untuk sensor yang lebih tinggi. Bukan itu sahaja, OPPO dan Vivo juga mempunyai khabar angin untuk melancarkan sensor 150MP menjelang 2021.