Skip to content
Bijak Tech Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

  • Berita Teknologi
  • Apa Itu ?
  • Perbandingan
  • Senarai Terbaik
  • Lain-Lain
  • Lebih Lanjut
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
Bijak Tech
Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

Xiaomi Bakal Melancarkan Telefon Pintar dengan Kamera 48 MP ?!

An-Naim Jamhari, December 6, 2018

Selepas melihat sensor 40 megapixel Huawei atau kamera 41 megapixel Nokia, nampaknya sekarang masa untuk memecah rekod sekali lagi. Siapa yang akan berbuat demikian? Xiaomi nampaknya berada di barisan hadapan dan mungkin bersedia untuk memperkenalkan telefon pintar pertama dengan sensor 48 megapixel.

index

Hari ini, presiden Xiaomi, Lin Bin, memaparkan gambar jarak dekat apa yang muncul sebagai telefon pintar baru dengan kamera 48 megapixel dan gabungan 2 flash LED dalam sosial media China, Weibo. Namun, ia masih tidak jelas berapa sensor yang akan dimasukkan. Buat masa ini kita hanya tahu bahawa modul kamera akan diletakkan di sudut kiri dan atas di belakang peranti canggih ini.

xiaomi-48-mp-smartphone-w782

Lin tidak berkongsi apa-apa lagi,  telefon pintar itu akan dilancarkan pada bulan Januari tahun hadapan, walaupun begitu, nampaknya, dia telah menggunakannya telefon pintar yang dilengkapi kamera ‘gergasi’ ini selama beberapa minggu. Oleh itu, Xiaomi bakal menjadi pengeluar yang pertama di dunia untuk membentangkan telefon dengan kamera 48 megapiksel, mungkin dilengkapi sensor Sony IMX586 atau ISOCELL Bright GM1 oleh Samsung.

Sensor baru ini boleh mendapat manfaat daripada algoritma khas yang menggabungkan empat piksel menjadi satu, untuk mensimulasikan pencahayaan pemandangan yang lebih baik – fungsi yang sangat sesuai untuk menangkap gambar dalam persekitaran yang gelap. Xiaomi boleh mengejutkan dunia teknologi jika khabar angin ini menjadi kenyataan pada Januari hadapan.

-Sumber: https://www.androidpit.com/xiaomi-first-48mp-camera-smartphone

Apakah pendapat anda tentang kamera dengan 48 megapixel? Cer citerr di ruang komen dibawah.

Berita Teknologi

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

©2025 Bijak Tech | WordPress Theme by SuperbThemes