Aplikasi mesej terkenal di seluruh dunia, Whatsapp bakal memperkenalkan fungsi terbaru pada tahun depan. Facebook mengesahkan perkara ini dan iklan yang ditayangkan akan menyerupai Story di Instagram.
Syarikat sosial media gergasi ini mengumumkan perkara tersebut pada acara tahunan Facebook Marketing Summit di Belanda semalam.
Agensi pemasaran Be Connect, Oliveir Pontevill telah hadir ke acara tersebut dan menangkap gambar ini;
Beliau juga mengesahkan bahawa ia bukanlah satu khabar angin dan perkara tersebut telah diumum oleh wakil WhatsApp;
Iklan yang muncul pada status WhatsApp akan mempunyai saiz yang penuh, nama syarikat dan kebolehan untuk swipe-up. Tidak pasti ia berfungsi untuk balas semula atau membuka satu URL.
Tambahan pula, WhatsApp memperlihatkan pembaharuan untuk pengguna Business seperti format mesej dan integrasi antara katalog produk WhatsApp dan Facebook Business Manager.
Kesimpulannya, kita tidak perlu terkejut dengan iklan terbabit. Hal ini kerana, WhatsApp bukanlah aplikasi percuma pada awalnya, pengguna perlu membayar $0.99 USD setahun. Setelah Facebook membeli WhatsApp pada 2014 berjumlah $19 Billion USD, aplikasi ini boleh diakses secara percuma.