Adakah anda masih tertanya-tanya apakah aspek yang perlu diketahui sebelum membeli telefon pintar ? Apa itu RAM? Apa itu ROM? Masih ramai yang keliru tentang kedua-dua memori tersebut. Jangan risau… anda berada di tempat yang betul dan apakah cara membeli telefon yang kena dengan cita rasa kita.
Sebelum itu, kenapa kita harus pilih telefon pintar yang betul sebelum beli? Mudah sahaja… iaitu kepuasan. Mungkin ada daripada kamu yang salah membuat pilihan semasa membeli, iaitu pembaziran duit kerana pretasi yang diharapkan tidak sama dengan nilai harga telefon. Ingatlah bahawa mahal tak semestinya bagus, kita haruslah menjadi seorang pembeli yang bijak.
Terdapat beberapa jenis manusia di dunia ini;
- Kaki berswafoto
Mereka ini lebih pentingkan pretasi kamera berbanding pretasi telefon.
- Kaki Gaming
Mereka ini lebih pentingkan pretasi telefon berbanding pretasi kamera.
- Kaki Bersosial
Mereka ini lebih pentingkan kemampuan telefon untuk buka banyak aplikasi dalam satu masa.
Dengan mengetahui anda di dalam golongan manusia yang mana, anda dapat berjimat serta berpuas hati dengan telefon yang dipilih kemudian.
Aspek yang perlu diambil kira sebelum membeli sebuah telefon pintar
-
Bajet
Perkara yang pertama, kita haruslah tahu bajet kita seperti ukur baju di badan sendiri. Jika bajet anda dalam RM500, anda boleh gunakan harga sekitarnya untuk membandingkan spesifikasi telefon tersebut. Contohnya dalam RM400-RM600. Ini kerana kita boleh lihat senarai telefon yang lebih banyak.
-
RAM
Apa itu RAM? Random-access-memory. Dimana memori tersebut adalah rawak dan bersifat sementara. Apakah kegunaannya? Untuk membuka/menjalankan aplikasi. Semakin tinggi RAM, semakin banyak aplikasi yang boleh dijalankan dalam satu masa.
Jika RAM telefon A adalah sebanyak 500mb manakala telefon B ialah 1000mb (1GB). Secara puratanya, 30%-50% RAM telah digunakan untuk menghidupkan telefon anda iaitu menjalankan sistem dan aplikasi penting serta aplikasi yang masih beroperasi di latar belakang.
Dalam kes ini, mari kita ambil 50% supaya senang kita nak faham. Maka baki RAM telefon A ialah 250mb dan telefon B ialah 500mb. Untuk menjalankan aplikasi Facebook, ia akan menggunakan RAM sekitar 100mb. Maka baki RAM telefon A ialah 150mb manakala telefon B ialah 400mb. Jika baki RAM tidak cukup untuk menjalankan aplikasi yang lain, maka telefon anda akan lag atau aplikasi crash.
Cuba bayangkan kalau telefon kita ada Instagram, Youtube, Play Store serta aplikasi yang lain? Belum termasuk aplikasi yang masih beroperasi di latar belakang.
Contoh: 1GB, 2GB, 3GB, 4GB.
-
ROM
Apa itu ROM? Read-only-memory. Dimana memori tersebut adalah bersifat kekal dan menjadi ruang storan telefon anda. Disinilah tempatnya anda menyimpan gambar, aplikasi, muzik dan lain-lain. Semakin tinggi ROM, semakin banyak benda yang kita boleh simpan dalam telefon kita.
Contoh: 8GB, 32GB, 256GB.
-
Kelajuan CPU
Apa itu CPU? Central-process-unit. Juga dikenali sebagai processor ataupun cip yang berfungsi sebagai otak. Semakin tinggi nilai CPU, semakin pantas telefon anda memproses data. Unit bagi kelajuan CPU ialah GigaHertz (GHZ).
Contoh: 1.0GHZ, 2.0GHZ.
-
Teras CPU (Core)
Apa itu CPU Core? Saya tak tahu nak terangkan. Tapi biar saya bagi gambaran terdahulu. 2 teras bermaksud dual-core, 4 teras bermaksud quad-core, 8 teras bermaksud octa-core. Semakin banyak teras, semakin banyak kerja yang boleh diproses oleh CPU dalam satu masa.
Jika kelajuan CPU ialah 2.0GHZ dan dikatakan octa-core, maka telefon anda boleh buat 8 kerja dengan kelajuan 2.0GHZ.
-
Ketahanan
Anda nak guna telefon untuk berapa lama? Setahun, 2 tahun ? Untuk 5 tahun akan datang? Ia bergantung kepada bajet anda serta jenama pengeluar. Jika anda rasa jenama tersebut kukuh dan agak mahal, walaupun pretasinya agak kurang namun dapat bertahan sehingga bertahun lamanya dengan kualiti yang mantap.
Siapa sokong Nokia 3310? Dia punya ketahanan dan kualiti tu boleh dijadikan senjata yang berbahaya pada satu ketika dahulu, itulah sebabnya mengapa tiada lagi model lagenda sebegitu pada hari ini.
-
Kamera
Ada 2 jenis aspek yang perlu diambil sebelum memilih telefon sebagai kamera, iaitu mega-pixel dan kualiti warna. Walaupun telefon biasa yang berharga RM500 mempunyai 13-MP manakala iPhone X berharga RM4K yang mempunyai 12-MP kamera, namun yang manakah anda akan berasa lebih terpegun dengan hasilnya? Pastinya iPhone X, walaupun kurang 1-MP, namun kualiti hasil adalah berbeza – bergantung kepada kualiti lensa dan aplikasi kamera.
Selain itu, kepantasan dan kecanggihan telefon biasa tersebut tidak setanding iPhone X kerana iPhone X boleh tangkap sehingga berpuluh gambar dalam satu saat, manakala telefon biasa mungkin 2-3 gambar sahaja kerana pemprosesan yang agak perlahan.
itu sahajalah aspek yang anda perlu ambil kira sebelum membeli telefon. Mari saya bantu anda.
-
Kaki berswafoto
Pilih kamera dan skrin telefon yang HD. Pergi ke kedai untuk lihat pretasinya sendiri.
-
Kaki Gaming
Minimum kalau nak main game tanpa lag ialah;
1. RAM: 2.0GB ke atas
2. CPU: 1.5GHZ ke atas
3. Core: Quad-core keatas
Itu minimum spesifikasi untuk game yang biasa-biasa seperti Mobile Legend dan Clash of Clan. Untuk game HD pula;
1. RAM: 3GB
2. CPU: 1.7GHZ – 2.0GHZ
3. Core: Quad-Core
-
Kaki Bersosial / Pekerja
Makcik-makcik bawang suka buka facebook pastu share cerita dekat whatsapp lepastu nak tweet. Maka ia memerlukan spesifikasi yang bagus juga;
1. RAM: 3.0GB
2. CPU: 1.4GHZ
3. Core: Quad core
Jika anda seorang pekerja yang menggunakan aplikasi untuk edit berbagai-bagai perkara, ia memerlukan CPU yang lebih tinggi supaya dapat proses dengan cepat.
Cara membeli telefon pada harga yang murah
3. Jika sudah jumpa telefon pilihan anda, buat panggilan telefon kepada penjual dan tanyalah tentang stok dan harga. Ini dapat mengelakkan anda daripada tertipu dengan harga online.
Kini, dengan modal sebesar RM500 pun kita boleh dapat spesifikasi telefon yang cukup bagus. Sekitar 2GB RAM, 16GB ROM dan cip pemprosesan 8 teras dengan kelajuan sekitar 1.7Ghz. Jom kita lihat 3 Telefon Pintar Raya Terbaik Di Bawah RM500 (2019).