Pasti anda semua pernah berperasaan bahawa fon anda semakin cepat kehabisan bateri. Hal dengan itu, penjagaan haruslah dilaksanakan diawal pemilikan telefon agar hayat bateri fon dapat dikekalkan kelamaannya. Justeru, berikut adalah tips-tips dalam penjagaan bateri fon.
Matikan Telefon Sewaktu Pengecasan
Hanya gunakan tips ini jika anda ingin mencas fon anda lama. Mematikan dan menghidupkan fon memerlukan sejumlah besar tenaga, lantas menjawap soalan kenapa nilai bateri tidak sama selepas fon dibuka semula.
Ini juga adalah cara yang efektif dalam menghemat bateri anda. Mengapa? Ini akan menghemat tenaga yang terkandung di dalam bateri serta mengisi tenaga ke dalam bateri. Jika anda berencana untuk tidak mengangkat telefon sewaktu bertidur, ataupun hanya tidak mahu main telefon maka hanya matikanlah fon sahaja.
Berhenti Mencari Signal
Saat anda berada di kawasan terpencil (ataupun sewaktu di tempat letak kereta bawah tanah) yang mempunyai signal sedikit serta ketiadaan signal, fon anda akan terus mencari rangkaian hingga boleh habiskan tenaga bateri. Cara terbaik ialah buka signal sewaktu di kawasan kejangkauan signal yang bagus seperti di bandar. Jika anda berada di kampung, jangan risau jika fon anda cepat kehabisan tenaga, hanya membawa powerbank sahaja, ataupun hidupkan mod pesawat untuk kehematan yang tangguh dan menyeluruh.
Jangan Ikut Kaedah Pengisian dan Pengosongan Penuh
Kaedah ini adalah seperti ini, anda mencas fon anda hingga penuh 100% kemudian mengguna fon hingga mati 0%. Tidak seperti bateri berbasis Nikel (seperti bateri boleh dicas semula) bateri fon (Litium) dirancang untuk dicas awal dan sering serta membiarkan fon mati kering tenaga boleh menyebabkan kerosakan bateri. Oleh itu, dengan melakukan penyecasan berdangkal serta pengecasan sering mampu memperpanjangkan hayat bateri.
Hindari Menggunakan Animated Background
Latar belakang beranimasi akan mengerah tenaga bateri banyak. Gunakan latar belakang hitam jika boleh. Jika fon anda mempunyai latar belakang berAMOLED, maka gunakanlah. Hal ini kerana, AMOLED menggunakan tenaga yang lebih sedikit, sebagai contoh, jika gambar terdapat warna hitam, piksel fon tidak akan menggunakan warna lampu hitam, ia akan mematikan piksel di kawasan terlibat sahaja.