Apabila kita hadapi isu ini, mustahil untuk kita tidak merasakan sedikit paranoid selepas semua masalah data dan privasi yang ada dalam berita baru-baru ini, tetapi pada masa yang sama, Facebook adalah sebahagian besar daripada kehidupan kita.
Dalam artikel ini, kami akan membantu anda dengan beberapa petua dan tips supaya kita bersosial dengan lebih selamat.
1. Pentingkan privasi akaun anda, memastikan segala-galanya bersifat peribadi, menghalangnya daripada menggunakan data anda, dan memilih apa yang anda mahu kongsikan di Facebook dengan tepat supaya keselamatan anda terjamin.
2. Muat turun data Facebook anda, Seperti yang anda mungkin tahu, Facebook telah menjadi perhatian dunia baru-baru ini atas sebab yang salah, yang membawa kepada rasa tidak percaya dan kemarahan orang ramai terhadap Facebook.
Untuk download data Facebook anda, ia sangat ringkas kerana boleh download melalui aplikasi Facebook.
▪Pergi setting
▪Tekan download your information.
Anda boleh dapatkan data anda dari dulu hingga sekarang dengan satu klik. Ia mungkin mengambil sehingga 30 minit untuk memproses maklumat.
3. Semak tetapan privasi anda
Apa yang penting adalah privasi kita. Seperti seorang hamba yang menutup aurat, pasti tidak akan membuka aurat dia kerana privasi diri juga. Seperti di Facebook, email dan nombor telefon diperlukan semasa pendaftaran. Namun kita taknak maklumat berikut diketahui orang lain.
▪pergi ke setting
▪tekan privacy checkup
Disini juga anda boleh menghalang aplikasi yang memerlukan maklumat peribadi anda.
4. Hadkan post lama anda. Jika anda telah menggunakan Facebook untuk masa yang lama, anda mungkin mempunyai banyak catatan dan senarai rakan yang besar, mungkin juga dengan orang yang anda tak kenal, rakan lama, bekas rakan sekerja, keluarga dan sebagainya.
Anda boleh hadkan post yang sudah dimakan anai-anai melalui setting > timeline & tagging.
5. Pemberitahuan jika ada log-in yang dibuat. Jika anda pernah login google di telefon yang lain, anda akan terima email yang bertajuk “Adakah anda baru lepas login? Jika tidak, ambil langkah sekarang”. Lebih kurangla. Maka kita akan tahu adakah kita sahaja yang menggunakan akaun sendiri?
6. Storage penuh? Guna Facebook Lite. Lepas menggunakan Facebook biasa, data yang terhasil adalah beratus-ratus megabyte seperti 500mb. Namun ia bukan cache, maka ia tidak boleh delete melainkan clear data.
Anda boleh atasi masalah ini dengan Facebook Lite.
7. Sayang quota internet? Anda boleh jimat quota anda dengan membenarkan data saver. Ia berfungsi untuk menyekat video yang dimainkan secara automatik dan data tidak digunakan.
8. Tingkatkan keselamatan anda dengan satu nasihat daripada Ketua Polis Negara. Iaitu tidak upload lokasi yang kita berada. Mengapa? Jika kita upload lokasi di luar, makan penjahat tahulah rumah kita kosong kan?
Be smart, we safe. We care, we share, WeChat. Selamat malam semua.