|
Reviu yang diberikan ini hanya untuk prestasi gaming sahaja. Kualiti kamera dan sebagainya tidak termasuk |
Gaming kini menjadi fenomena kegilaan ramai orang yang buka hanya tertumpu pada golongan muda sahaja malah golongan berumur turut terjebak. Tambahan pula, banyak syarikat gaming gergasi seperti Activision, Tencent dan sebagainya sudah tampak sudah mula menumpukan sektor permainan mobile. Seperti yang kita lihat, lambakan permainan mobile sudah mula memenuhi Google Play Store bagi mendapatkan pengguna setia. Contohnya Player’s Unknown Battleground dan Call Of Duty bukan sahaja terdapat pada platform PC malah turut di platform handphone yang ternyata mendapat sambutan yang sangat hebat.
Jika dahulu, smartphone kita hanya digunakan untuk calling atau WhatsApp tetapi kini peranti kecil itu mampu berubah menjadi peranti gaming yang dahsyat. Lalu terdetiklah dalam hati kita, apakah phone atau Android yang paling sesuai untuk gaming? Tambah-tambah lagi bagus kalau bersifat ekonomi yang pasti menjimatkan duit kita. Itu akan jadi win win situation yang mana kita dapat peranti Android yang berkuasa untuk gaming dan juga dapat menyelamatkan duit kita daripada membazir.
Oleh itu, Bijak Android kali ini akan menerangkan tentang smartphone gaming mesra bajet terbaik buat anda. Teruskan membaca!
#1 Pocophone F1
Pocophone F1 keluaran Xiaomi ini pasti tidak asing lagi bagi peminat Android. Pocophone terkenal dengan speksifikasinya yang berkuasa dengan harga yang murah menjadikan ia sangat berbaloi untuk dimilik. Berikut maklumat yang perlu anda ketahui:
- 6 GB RAM atau 8GB RAM
- 64GB atau 128GB atau 256GB internal memory
- Chipset Snapdragon 845
- Bateri 4000 mAh
- HDR Display
- Menyokong fast charging
Terlancarnya Pocophone F1 memberi tamparan kepada banyak syarikat smartphone gergasi yang lain kerana speksifikasinya yang premium tetapi harga yang sangat murah. Snapdragon 845 merupakan satu chipset yang sangat berkuasa dan mampu memberikan pengalaman gaming dengan lancar pada kadar sehingga 60 FPS! Bayangkan anda main PUBG Mobile tanpa lag dan lancar.
Harga bermula RM1,199.00 pasti memukau anda!
Dapatkannya segera di LAZADA.
#2 Honor Play
Honor Play keluaran Huawei yang baru saja dilancarkan pada Julai 2018 ini pasti menarik perhatian anda. Mereka mendakwa bahawa peranti inilah yang paling terbaik untuk PUBG Mobiles. Speksifikasinya yang kuat menyokong pernyataan mereka ini. Mari kita lihat
- 6GB RAM
- Hisilcon Kirin 970 chipset
- Bateri 3750 mAh
- HDR
- GPU Turbo
- 4D Smart Shock yang khas untuk PUBG Mobile
- 64 GB Internal memory
GPU Tubo merupakan tweak setting yang tidak ada pada Android lain menjadikan ia istimewa. Bayangkan seolah-olah keseluruhan prestasi Honor Play ini ditumpukan penuh kepada PUBG Mobiles atau game yang lain untuk memberikan pengalaman yang sempurna untuk gamers. Seterusnya kelebihan Honor Play yang khas buat PUBG Mobile iaitu 4D Smart Shock yang memberikan pengalaman vibration seolah-olah macam controller PS4 apabila kita menembak atau meletup dalam PUBG Mobile.
Kepada peminat PUBG Mobile, jangan lepaskan peluang ini.
Harga bermula RM1079.00 di LAZADA bakal memberikan pengalaman menarik untuk anda semua!
#3 RealMe 2 Pro
Baru sahaja memasuki gelanggang pertarungan mid tier smartphone pada Oktober 2018. Berada dibawah payung OPPO, RealMe menawarkan kualiti yang tinggi dengan harga yang berbaloi. Speksifikasinya yang hebat mengalahkan semua phone yang sama tier dengannya seperti Xiaomi Mi A2 dan Vivo V11 Pro. Kita lihat speks berikut
- Terdapat 4GB, 6GB dan 8GB RAM
- Chipset Snapdragon 660
- HDR Display
- 3500 mAh Bateri
- 64GB atau 128GB internal memory
RealMe 2 Pro diuji dengan games PUBG Mobile ternyata boleh dimainkan dengan begitu sempurna pada kadar grafik HD. Pengalaman gaming ternyata menyeronokkan dengan RealMe walaupun jenama ini masih lagi baru pada kita semua. Kualiti yang diberikan terbaik dengan harga yang menarik.
Bermula harga RM1,099.00 di LAZADA anda boleh menikmati pengalaman yang menarik dengan harga yang pasti berbaloi!
Kesimpulannya
Pilihlah smartphone yang paling sesuai dengan anda. Jika bajet mencukupi Bijak Android sendiri mencadangkan Pocophone F1 atau yang bakal dilancarkan Pocophone F2. Prestasinya dan popularitinya di internet menyebabkan ia menjadi pilihan ramai. Namun jika anda ingin bajet perbelanjaan, anda boleh mempertimbangkan lagi 2 peranti sebagai pilihan anda.
Dengan 3 peranti yang telah dihuraikan, pasti tiada lagi masalah lag ataupun low grafik!