Gaji sudah masuk dan anda berhajat untuk membeli fon baharu. Namun, jangan abaikan fon lama anda di laci almari berkurun lamanya. Gunakan fon lama anda semula dengan menggunakannya sebagai peranti mudah kehidupan anda dengan cara-cara berikut.
Fon Untuk Anak
Pernah tak anda serik dengan anak anda menggunakan fon anda. Mungkin anak-anak anda akan mengacau urusan Whatsapp anda serta mengubah kata laluan anda. Jangan risau, gunakan fon lama anda sebagai hadiah kepada anak anda. Anak anda tak akan kacau lagi fon pintar anda.
Bukan itu sahaja, anda juga perlu membuat akaun sendirian untuk anda supaya tidak mengacau fon anda sewaktu anak anda memuat turun sesuatu di App Store. Misalnya, terguna kad kredit anda.
Kamera Keselamatan
Fon lama juga boleh digunakan sebagai sebuah kamera keselamatan. Dengan menggunakan aplikasi seperti “Perch” dan “Presence”, anda boleh jadikan fon anda sebagai kamera keselamatan untuk pantau keadaan di rumah anda diwaktu ketiadaan anda di rumah.
Terdapat pelbagai potensi jika cara ini digunakan. Misalnya sebagai kamera bayi, kucing dan hadapan pintu.
Peranti Penggera
Pernah tak anda malu kerana penggera fon anda berbunyi di khalayak orang ramai. Jangan risau, gunakan fon lama anda khususnya sebagai peranti penggera anda di rumah.
Hal dengan itu, anda akan tidak akan malu lagi. Bukan itu sahaja, anda juga boleh gunakan fon lama anda untuk menyenggerakan waktu-waktu penting seperti waktu untuk siapkan diri untuk bekerja dan sebagainya.
Pembaca Elektronik
Fon lama juga boleh digunakan sebagai pembaca elektronik, hanya dengan menyahpasang aplikasi medan sosial dan walla, fon lama anda sudah memjadi pembaca elektronik. Anda mungkin tidak menggunakan aplikasi Google Books. Maka, gunakan aplikasi ini kepada fon lama anda untuk mengkhusukannya sebagai peranti ilmu.
Bukan itu sahaja, anda boleh juga menjadi fon lama anda sebagai hab berita. Dengan hanya memasang aplikasi berita seperti Metro ataupun Kosmo, anda boleh membaca berita-berita sensasi, tempatan dan antarabnagsa dengan mudah dan senang hanya di hujung jari anda.
Bingkai Gambar Digital
Pernah tak anda memiliki gambar yang banyak, serta agak menyusahkan untuk mencetak gambar yang banyak serta mamasang bingkai gambar. Maka fon lama anda adalah penyelesaiannya. Secara mudahnya, beli penegak fon ataupun gantungan dan memasang screensaver. Pilih gambar-gambar yang anda ingin ditayangkan. Maka, fon anda akan bertukar-tukar gambar untuk dipaparkan.
Pemain Lagu
Anda peminat lagu, namun risau storan fon anda penuh? Pindahkan semua lagu ke fon lama anda. Gunakan fon lama anda sebagai peranti pemain lagu. Serta, dengan memasang bluetooth fon lama anda kepada pembesar suara berbluetooth dan anda baru sahaja mencipta pemain lagu nyahCD.
Juga, notifikasi tidak akan menganggu fon anda (seperti notifikasi Instagram). Maka, anda akan mempunyai masa kualiti dengan fon anda.
Sebagai Fon Pendua
Kemalangan berlaku tak diduga dan fon baharu anda kemungkin akan hilang, dicuri, rosak atau ketiga-toga sekaligus. Maka, fon lama anda adalah penyelamat anda. Jadi, gunakan fon lama anda untuk menggantikan fon baharu anda untuk beberapa waktu sementara.