Beberapa hari lepas, Spotify telah memperkenalkan satu fungsi di mana anda boleh block lagu daripada artis yang korang benci. Definisi benci dalam lagu ini ialah anda tak suka, tak boleh dengar suara artis dan mungkin akan bernanah telinga korang. Anda boleh dapati fungsi ini dalam keluaran versi terbaharu aplikasi Spotify untuk iOS dan Android.
Tentang fungsi ini, ia tidak diumumkan oleh syarikat Spotify ataupun mana-mana pihak yang bekerja di bawah Spotify – fungsi ini telah dijumpa oleh Thurrot. Walaupun aplikasi Spotify ini telah keluar versi baharu, mereka tidak menyebut pun mengenai fungsi ini dalam nota mereka. Bagi yang tak kenal ‘Spotify’, aplikasi ini merupakan pemain lagu terbaik dunia dengan berjuta-juta lagu yang tersenarai, berpangkalan di Amerika Syarikat dan jauh lebih baik dari yang lain.
Untuk menggunakan fungsi ‘Block’ ini, anda perlu cari artis yang anda benci dan buka halaman artis tersebut dalam aplikasi Spotify. Di hujung atas belah kanan, ada tiga titik bertindih yang dipanggil ‘option’ dan tekan “Don’t play this artist”. Ini bermakna, sebaik sahaja anda pilih fungsi ini, akan ada popup yang akan muncul dan menyatakan “Ok, we won’t play music from this artist”. Sejak itu, anda tidak akan nampak lagi kelibat artis itu di mana-mana dalam aplikasi Spotify – termasuklah dalam library, playlist, carta terbaik ataupun stesyen radio. Walaubagaimanapun, artis ini masih akan muncul jika ia featuring atau berganding dengan artis yang lain.
Fungsi seumpanya telah dikeluarkan oleh mereka sebelum ini, di mana mereka akan tendang artis yang bermasalah dan berkontroversi – seperti R. Kelly dan XXXTentacion. Hal ini menyebabkan ramai pengguna, pemegang lagu dan records label telah mengecam Spotify ketika 2017 dan akhirnya Spotify tarik balik fungsi itu. Maka, mereka telah membuat keputusan dalam keluaran baharu mereka di mana – keputusan di tangan pengguna sendiri. Anda benci, anda block !
So, para pengguna dan pembaca Bijak Android, berikan sedikit pendapat anda di ruang komen dibawah !