Apple telah memberitahu kepada umum pada pelancaran iPhone bulan lalu, bahawa mereka telah mencipta skrin yang terbaik yang mereka pernah ciptakan. Nampaknya, ia adalah skrin paparan yang terbaik pada telefon pintar mercu, dan mungkin lebih baik dari monitor di luar sana.
Skrin yang bagus memang meningkatkan pengalaman pengguna – lebih lebih lagi ketika menonton filem berwarna-warni dan bermain game. Lebih penting lagi, ketepatan warna adalah amat penting bagi seorang editor visual.
Apa itu DisplayMate?
DisplayMate Technologies adalah sebuah syarikat yang menggunakan kiraan advanced sains dan matematik untuk mengukur pretasi sesebuah jenis paparan bagi meningkatkan dan mengoptimasikan kualiti dan ketepatan skrin.
Jom kita lihat kajian yang dibuat oleh DisplayMate tentang Super Retina XDR dari Apple ini:
- Menggunakan paparan OLED – mempunyai pretasi yang cemerlang
- Resolusi Tinggi 2.7K FHD+ dengan paparan 2688×1242 , iaitu 458 pixel per inch.
- Mempunyai Standard Color Gamuts, yang digunakan pada TV 4K Ultra HD
- Mempenyai fungsi Automatic Color Management, di mana tidak digunakan pada kebanyakkan telefon pintar di luar sana – berfungsi untuk membetulkan warna mengikut keadaan.
- Menawarkan ketepatan warna yang amat-sangat-terlalu tepat.
- Kecerahan dan pretasi yang tinggi dalam cahaya tinggi persekitaran
- HDR High Dynamic Range Mobile HDR Display – juga digunakan pada 4K UHD TV
- Mempunyai fungsi mod malam – di mana skrin akan mengurangkan cahaya biru yang keluar
- Lebih cekap tenaga dan efisien
Kesimpulan
Secara ringkas, skrin paparan Super Retina XDR pada iPhone 11 Pro Max ini adalah yang terbaik di kalangan paparan telefon pintar mercu. Pelbagai teknologi yang digunakan pada paparan jenis ini oleh Apple dan ia sememangnya adalah lebih baik berbanding telefon pintar yang lain, televisyen 4K UHD, laptop dan monitor komputer.