Sejumlah akaun pengguna sebuah syarikat penstriman muzik terkemuka, Spotify dikatakan telah menerima emel yang menyatakan bahawa password akaun mereka perlu ditetapkan semula. Hal ini disebabkan akaun mereka telah dikenalpasti sebagai wujud aktiviti yang mencurigakan.
Menurut TechCrunch, ramai yang menerima emel tersebut sedangkan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti luar biasa pada akaun Spotify mereka.
Apabila dihubungi, Peter Collins jurucakap mewakili syarikat Spotify menjelaskan bahawa “”Sebagai sebahagian daripada usaha penyelenggaraan kami yang berterusan untuk memerangi aktiviti penipuan pada perkhidmatan kami, kami baru-baru ini berkongsi komunikasi dengan pengguna terpilih untuk menetapkan semula kata laluan mereka sebagai langkah berjaga-jaga. Sebagai amalan terbaik, kami sangat mengesyorkan pengguna tidak menggunakan kelayakan yang sama merentasi pelbagai perkhidmatan untuk melindungi diri mereka sendiri.”
Selain itu, dikatakan mereka yang menerima emel penetapan semula password ini ialah mereka yang mempunyai password yang lemah, menggunakan password yang sama merentasi pelbagai akaun pelbagai platform. Mungkin juga ia berkaitan dengan sejumlah akaun Spotify yang pernah dihack dahulu.
Adakah anda menerima emel penetepan password itu juga? Kongsikan di ruangan komen.