Skip to content
Bijak Tech Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

  • Berita Teknologi
  • Apa Itu ?
  • Perbandingan
  • Senarai Terbaik
  • Lain-Lain
  • Lebih Lanjut
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
Bijak Tech
Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

Samsung X AMD – Grafik Radeon Untuk Telefon Pintar, Telefon ROG di Bawah Samsung?

An-Naim Jamhari, June 4, 2019

Semalam, Samsung mengumumkan mereka akan merangka stategi beberapa tahun bersama syarikat gergasi dunia komputer iaitu AMD bagi menghasilkan grafik bagi telefon keluaran Samsung.

Spesifiknya, seni bina grafik AMD Radeon amat berjaya di arena gaming termasuklah PC dan konsol bakal melesenkan Samsung dalam penyediaan grafik di dalam telefon pintar, dan mungkin juga berguna untuk tablet.

Belum ada maklumat spesifik berkaitan cip pemprosesan ini, namun pihak Radeon berjanji akan menggunakan kuasa yang sedikit untuk kuasa maksimum.

Kita akan lihat potensi menggunakan telefon pintar mampu milik dengan grafik yang memuaskan, ataupun peranti flagship yang boleh menjalankan gaming dengan lebih intensif, pelbagai game tanpa masalah panas dan kerukusan jangka hayat bateri.

Tanpa masa yang ditetapkan, kita boleh menjangkakan GPU yang dikuasakan oleh Radeon bakal diguna pakai dalam peranti Samsung pada masa hadapan – di mana mereka bakal menghadapi cabaran untuk menghasilkan GPU yang cermat tenaga dan hanya perlukan sedikit sahaja berbanding PC dan konsol diluar sana.

Berita Teknologi

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

©2025 Bijak Tech | WordPress Theme by SuperbThemes