Berdasarkan realiti, Samsung memang mendominasi dalam penghasilan skrin paparan yang terbaik di seluruh dunia. Kemampuan Super AMOLED, AMOLED, OLED, Dynamic OLED pada peranti sebelum ini sememangnya berfungsi dengan cemerlang dengan ketepatan warna yang tepat.
Baru-baru ini, Samsung dilaporkan telah mempatenkan nama SAMOLED di Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Untuk pengetahuan, nama penuh SAMOLED masih belum diketahui lagi dan pastinya, ia bukanlah Super AMOLED.
Khabarnya, Samsung bersedia untuk membuat ‘comeback’ pada peranti akan datang – mungkin Samsung Galaxy S11. Menurut pelbagai khabar angin, ia bakal hadir dengan SAMOLED, sensor kamera 108MP dengan saiz skrin yang lebih besar dengan nisbah 20:9.