Pada Mei lepas Samsung telah perkenalkan sensor kamera pertama dengan 64MP yang sebesar 0.8 mikron pixel disamping sensor 48MP baharu. Manakala bulan lepas, CEO Realme telah mendedahkan peranti 64MP pertama di Twitter yang bakal menjadi ‘pembunuh premium’ yang hadir dengan sensor 64MP dari Samsung. Kini, sub-jenama Xiaomi – Redmi telah mengacah pelancaran peranti terbaru bersama kamera 64MP.
Tidak seperti Realme, Redmi tidak memberitahu kepada umum berkaitan sensor kamera yang akan digunakan berkaitan kamera 64MP. Apa yang kita boleh lihat, sampel gambar dari mereka menunjukkan bahawa keupayaan sensor 64MP sangatlah hebat sehinggakan mampu menangkap perincian yang tinggi.
Selain daripada itu, waktu pelancaran tidak didedahkan. Nampaknya kini kita perlu sabar untuk melihat pengeluar yang mana bakal melancarkan peranti kamera ini terlebih dahulu – sama ada Realme, Samsung atau Xiaomi.
Samsung, menurut laporan dari ETNews, mereka boleh menambah sensor kamera 64MP ini pada telefon Galaxy A70S. Sensor ini adalah ISOCELL Bright GW1 yang menyokong teknologi Tetracell untuk menghasilkan gambar menarik resolusi 16MP dalam pencahayaan-rendah dan lain-lain.