Xiaomi telah melancarkan peranti terbaru mereka, Redmi K20 Pro di China beberapa hari lepas secara rasmi. Pada artikel sebelum ini, kami telah berhujah berkaitan Redmi K20 Pro – 8 Sebab Mengapa Ia Digelar ‘Pembunuh’.
Namun, spesifikasi di dalam artikel tersebut adalah ‘tidak tepat’ sepenuhnya kerana ia datang dari pelbagai laporan tertiris, bukannya dari Xiaomi. Maka, jom kita lihat spesifikasi yang dikeluarkan dari mereka.
Ia hadir dengan skrin Super AMOLED berukuran 6.39″ yang dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 5. Cip pemprosesan yang digunakan adalah Snapdragon 855 dengan cip GPU terbina Adreno 640.
Storan RAM adalah dari 6-8GB dan storan dalaman dari 64-256GB. Ia mempunyai 3 kamera utama (48+13+8)MP dan kamera swafoto jenis pop-naik 20MP.
Ia dilengkapi dengan Teknologi pengimbas cap cari di bawah skrin dan Quick Charge 4+ 27W serta Kapasiti bateri peranti ini adalah 4000 mAh.
Peranti ini dijual di China dengan bermula pada harga sekitar RM1,570- RM1,850 bergantung pada pilihan storan.
Kesimpulannya, Redmi K20 Pro ini kelihatan sangat berbaloi dan sememangnya lebih hebat berbanding Pocophone F1 dalam kategori telefon pintar bajet terbaik.