Setelah beberapa minggu, akhirnya realme melancarkan realme XT pada hari ini dengan moto “Quad Camera Xpert” yang menggunakan sensor kamera 64MP sebagai kamera utama. Selain itu, ia dilengkapi dengan spesifikasi dalaman yang amat menarik pada lingkungan harganya.
realme XT menggunakan skrin paparan Super AMOLED 6.4″ yang hadir bersama pengimbas cap jari pada bawah paparan. Apa yang menarik, ia dikuasakan oleh Snapdragon 712 dan kapasiti storan RAM 4/6/8GB serta kapasiti dalaman sehingga 128GB USF2.1.
Tidak juga mengecewakan, ia menyokong HyperBoost 2.0 dan mempunyai kapasiti bateri sebesar 4000mAh yang membolehkan anda bermain game tanpa sebarang masalah. Reka bentuknya adalah Hyperbola dengan kaca 3D. Ia juga menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 dan dilengkapi dengan pengecas 20W di dalam kotak.
Mengenai sistem gabungan 4 sensor kamera pada peranti ini, ia menggunakan 64MP-8MP-2MP-2MP seperti gambar berikut:
Tambahan lagi, ia menyokong Dolby Atmos dan menjalankan Android Pie pada ColorOS 6 dan buat masa ini ia hanya dijual di India sahaja dan akan memasuki ke pasaran lain dalam beberapa minggu.
Di India, ia hanya tersedia pada jualan atas talian buat masa ini dan mula dijual pada harga Rs15,999 iaitu sekitar RM950. Apa kata anda, mungkinkah ia adalah yang terbaik dan paling berbaloi untuk harga sedemikian ?