Di pasaran China, Realme telah mula menjual peranti terbaru dari mereka yang dinamakan Realme X. Peranti ini adalah yang terbaik dari mereka kerana ia menggunakan spesifikasi yang tinggi.
Jangan risau, Realme terkenal dengan harga berpatutan dan mereka menjual model X ini pada harga mampu milik.
Peranti ini tidak mepunyai sebarang takuk dan boleh memberikan pengalaman skrin penuh. Ia didatangi dengan skrin AMOLED yang berukuran 6.53”.
Walaupun tanpa takuk, anda masih boleh berswafoto dengan kamera hadapan – mekanisma kamera pop-naik. Ini bermaksud, lensa kamera akan keluar pada bahagian atas telefon.
Selain daripada itu, ia hadir dengan pengimbas cap jari pada bawah skrin bersama bicu audio 3.5mm.
Cip pemprosesan yang digunakan ialah Snapdragon 710 dari Qualcomm. Cip ini mempunyai 8 teras dan GPU Adreno 616. Justeru, ia tergolong dalam kategori kelas pertengahan dimana ia amat bagus untuk kegunaan harian.
Manakala bagi storan RAM, ia mempunyai pilihan 4GB,6GB atau 8GB dan storan dalaman 64GB atau 128GB.
Bagi kamera pula, kamera utama hanya mempunyai 2 lensa sahaja – iaitu 48MP dari Sony IMX untuk lensa utama dan 5MP untuk lensa telefoto. Hasilnya, gambar yang ditangkap akan jelas dan berupaya merekod video pada resolusi 2K. Manakala kamera hadapan jenis pop-naik menggunakan lensa 16MP.
Malah, ia hadir dengan Dolby Atmos untuk audio yang terbaik. Peranti ini menggunakan port jenis C dan membolehkan pengecasan pantas VOOC 3.0 20W. Manakala kapasiti bateri ialah 3765 mAh.
Realme X hanya dijual di China dengan harga sekitar RM910-dimana ia sangat murah untuk spesifikasi tersebut.