Skip to content
Bijak Tech Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

  • Berita Teknologi
  • Apa Itu ?
  • Perbandingan
  • Senarai Terbaik
  • Lain-Lain
  • Lebih Lanjut
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Disclaimer
    • Privacy Policy
Bijak Tech
Bijak Tech

Sumber Teknologi Terbaik

Realme Akan Menunjukkan Iklan Pada ColorOS – Cara Matikan/Sekat Iklan Ini

An-Naim Jamhari, January 1, 2020

Kembali ke tahun 2019, Xiaomi telah mengenakan iklan pada MIUI mereka. Namun, hanya segilintir pengguna sahaja yang menerima iklan tersebut. Pada ketikat itu, Realme telah ‘mengecam’ Xiaomi atas perbuatan tersebut.

Kini, Realme nampaknya tewas kerana melakukan perkara yang sama seperti Xiaomi. Baru-baru ini, Realme telah mengumumkan bahawa mereka akan meletakkan iklan pada ColorOS 6 ke atas melalui forum komuniti Realme.

Mereka menjelaskan bahawa perkara ini akan membenarkan mereka menjaga kesihatan dan kesuaian produk mereka dengan perkenalkan kandungan iklan. Mereka juga mengesahkan bahawa iklan hanya akan muncul di Phone Manager dan Security Check sahaja.

Langkah-langkah Disable/Matikan/Sekat iklan dari Realme

Sebagai manusia, sememangnya lumrah kita untuk membenci perkara yang ‘menyemakkan’, terutama iklan. Bagi menyekat iklan, anda boleh lakukan perkara berikut yang sangat mudah:

  • Pergi ke settings > additional settings > get recommendations
  • Matikan get recommendations

Sememangnya, Realme terkenal dengan harga yang berpatutan untuk peranti-peranti mereka dan nama mereka cepat melonjak naik di sesetengah negara seperti di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Realme mungkin memerlukan dana tambahan untuk meneruskan menjaga ColorOS – menyediakan kemaskini terbaru dari segi versi sistem dan security patch.

Berita Teknologi

Post navigation

Previous post
Next post
©2025 Bijak Tech | WordPress Theme by SuperbThemes