Realme XT yang baru saja dilancarkan tadi dengan spesifikasi yang agak ‘ganas’ buat harga pada bawah RM1000, mereka juga bersedia untuk melancarkan Android 10 pada tahun 2020. Tidak terburu-buru, mungkin mereka ingin mengoptimasikan Android 10 pada ColorOS dan mengambil tempoh yang panjang untuk melakukan ujian demi kestabilan peranti.
Menurut akaun rasmi realme Twitter, realme akan memulakan 3 fasa untuk pengeluaran Android 10 kepada umum dan anda boleh lihat peranti-peranti yang terlibat seperti berikut:
Pada fasa pertama iaitu suku pertama tahun 2020, realme hanya menawarkan kemaskini Android 10 kepada pelanggan peranti ‘canggih’ mereka sahaja dan diikuti dengan peranti-peranti seterusnya selepas beberapa bulan.
Syarikat ini nampaknya tidak akan membawa kemaskini terbaru Android kepada model bajet popular seperti realme 1, realme C1, Realme U1 dan realme C2.