Buat masa ini, para pelanggan Maxis dan Hotlink sedang menghadapi masalah dengan perkhidmatan telekomunikasi mereka. Ramai antara mereka telahpun mengadu dengan Tweet di Twitter, dan mereka mendakwa masalah ini berlarutan sejak awal pagi.
Menurut mereka, perkhidmatan telekomunikasi mereka hanya terhad kepada rangkaian 3G dan 2G sahaja, di mana rangkaian 4G nampaknya sedang mengalami masalah.
Selain itu, pengguna juga melaporkan bahawa masalah ‘No Service’ juga wujud pada hari ini, menurut pelanggan Hotlink yang comel. Walaupun mendapat akses kepada rangkaian 3G, pengguna juga melaporkan bahawa kelajuan internet adalah sangat perlahan seperti internet asas.
Berikut adalah komen dari Hotlink dan Maxis mengenai isu ini:
Hi, maaf atas kesulitan. Jika anda menggunakan servis Hotlink prepaid, terdapat isu teknikal kini untuk servis prepaid. [1]
— Maxis (@MaxisListens) October 7, 2019
Hai. Buat masa ini, kami sedang mengalami isu teknikal dan pihak kami sedia maklum berkenaan isu tersebut. (1)
— Hotlink (@HotlinkListens) October 7, 2019