Apa yang kecoh-kecoh di antara pelanggan YES ini ? Ramai yang tidak berpuas hati mengenai pengumuman terbaru dari pihak YES, kerana mereka telah melakukan perubahan yang drastik kepada terma dan syarat yang membuatkan para pelanggan tidak boleh diterima.
Pada petang ini, YES mula memunculkan diri dengan pengumuman yang drastik kepada pelanggan mereka. Menurut beberapa pelanggan, kelajuan internet YES dalam beberapa hari ini asyik perlahan, namun YES telah memberi jawapan dengan mengumumkan ia menerusi halaman rasmi YES 4G Facebook:
Berikut adalah terjemahan di dalam Bahasa Melayu:
Pelanggan yang dihormati,
Apabila kami menetapkan untuk membuat Konfem Unlimited, kami menetapkan untuk menawarkan pengalaman data mudah alih terbaik tanpa had untuk seluruh negara dengan rangkaian IP 4G LTE kami.
Pada waktunya, kami telah menemui penggunaan yang tidak adil dan tidak sah oleh beberapa pelanggan yang telah melanggar syarat dan syarat penggunaannya dalam aplikasi p2p dan penggunaan bukan mudah alih yang semakin menjejaskan pengalaman majoriti pelanggan kami.
Untuk memastikan akses yang saksama kepada semua pelanggan YES mengenai sumber rangkaian yang sama, dan untuk mengehadkan penggunaan perkhidmatan yang berlebihan oleh beberapa pelanggan yang menyebabkan kesan negatif kepada penggunaan banyak pengguna lain, sistem kami akan secara proaktif menguruskan jalur lebar yang diperuntukkan.
Kami terus berusaha untuk mencipta pengalaman menakjubkan untuk semua pelanggan kami.
Pengumuman itu ternyata tidak jelas, sama ada ia hanya tertakluk kepada pengguna prabayar Konfem Unlimited 30 sahaja atau termasuk pengguna pascabayar Konfem Unlimited 49 dan keatas.
Menurut maklumat yang diperolehi, Konfem Unlimited masih kekal dengan kuota tanpa-had, cuma ia ‘dihadkan’ mulai sekarang:
- Had kelajuan pantas harian: 2GB
- Apabila habis kuota 2GB, kelajuan akan berkurangan kepada 110kbps – dan masih tanpa-had
Pihak YES dikatakan mengambil langkah ini untuk membanteras penindasan dan penyalahgunaan Internet terhadap syarikat mereka. Pada ketika ini, banyak sim YES telah digunakan untuk penggunaan trik seperti menjangkau had tethering dengan menggunakan modem yang telah diubah suai.