Membeli belah di website shopping secara online adalah menyeronokkan. Tetapi lain pula pada kategori laptop, di mana laptop ada 3 jenis dan ia boleh memeningkan anda – iaitu Notebook, Chromebook dan Macbook. Dan persoalannya, apa beza Notebook, Chromebook dan Macbook ?
Dari 3 buah nama tersebut, kita boleh tahu jenis operating-system laptop tersebut;
- Notebook kebanyakkan dijana dengan Windows OS, dari Microsoft. Tapi pada notebook very-low-end, ia dijana dengan Linux/Ubuntu OS.
- Chromebook dijana dengan Chrome OS, dari Google.
- Macbook pula dijana dengan Mac OS (Macintosh), dari Apple.
Jom kita baca dengan lebih lajut.
Chromebook
Chromebook dijana dengan Chrome OS yang dihasilkan oleh Google. Rekaan operating-system ini nampak bersih dan kemas seperti pelayar Chrome. Chromebook merupakan sebuah laptop yang ringan dan dicipta untuk penggunaan yang ringan sahaja. Misalnya membuka software ringkas seperti pelayar, mendengar lagu, menulis dan sebagainya.
Harga Chromebook selalunya murah, ini kerana Chrome OS adalah percuma. Malah, hardware dan parts yang digunakan ialah jenis ‘low’ dan tidak begitu mahal. Walaubagaimanapun, Chrome OS adalah sistem yang laju dan ringan – ini bermakna Chromebook tidak memerlukan spesifikasi yang ganas untuk berfungsi dengan lancar.
Chromebook juga didatangi dengan SSD, ini bermakna segala ‘loading’ akan siap dengan sangat cepat. Bagi yang masih tidak tahu apa itu SSD, anda boleh lihat Apa Itu SSD & HDD ? Yang Mana Satu Lebih Bagus ? Namun, saiz SSD yang disediakan mungkin dianggap kecil, kerana Chromebook juga dibina untuk membuka aplikasi jenis Web (Web App) – contoh yang mungkin anda tahu ialah Whatsapp Web.
Malah, ketahanan bateri Chromebook adalah sangat lama. Chrome OS adalah ringan dan cekap – ini bermakna bateri anda tidak cepat ‘dimakan’ oleh sistem pemprosesan.
Kelebihan terbaik pengguna Chromebook ialah anda selamat dari serangan virus. Hal ini kerana virus pada Windows boleh disuntik pada fail jenis EXE dan lain-lain. Oleh itu, Chromebook sesuai untuk para peniaga dan individu yang mementingkan keselamatan dan privasi.
Chromebook terbaru membolehkan anda membuka aplikasi Android dan Linux – gila gempak !
Notebook
Notebook adalah paling terkenal dalam kategori laptop, dan mungkin dikenali juga sebagai laptop – sebab Chromebook juga boleh dikatakan sebagai ‘benda baharu’. Maka, kita sudah terbiasa panggil apa-apa book itu adalah laptop. Jom kita mengubah buah fikiran sendiri.
Mudah sahaja nak kenali notebook – iaitu mempunyai operating-system Windows. Jika laptop tersebut merupakan jenis ‘very-low end’, hardware notebook anda hanya menyokong Linux dan Ubuntu kerana Windows boleh dikatakan lebih berat.
Notebook biasanya mahal kerana ia menggunakan Windows. Setiap kunci rasmi Windows boleh mencecah sekitar RM400. Harga tersebut merupakan faktor mengapa notebook sangat mahal.
Untuk menjalankan Windows (yang lebih berat dari Ubuntu dan Linux), notebook anda sekurang-kurangnya memerlukan spesifikasi jenis ‘low-end’. Barulah notebook anda dapat dihidupkan dan beroperasi tanpa masalah.
Notebook dibina untuk pretasi supaya kita boleh membuka apa-apa jenis aplikasi dan software yang wujud pada muka bumi ini. Termasuklah bermain permainan video.
Notebook merupakan satu-satunya jenis laptop yang berupaya bermain permainan video – pendek kata : Chromebook dan Macbook tidak boleh bermain permainan video. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai cip/kad grafik dan tidak boleh menjalankan fail EXE.
Macbook
Macbook dijana dengan Macintosh dari Apple. Macbook juga dibina untuk pretasi, tetapi bukan seperti notebook. Macbook merupakan pilihan utama untuk urusan kerja kerana Macintosh merupakan satu sistem yang sangat efisien.
Memang tidak boleh dinafikan bahawa Macbook adalah sangat mahal, kerana Apple mementingkan kualiti dalam apa jua produk mereka. Namun, dengan harga keras tersebut anda akan bersyukur kerana ia amat berbaloi.
Walaupun Macbook mempunyai cip/kad grafik sekalipun, Macintosh tidak akan berupaya untuk menjalankan proses permainan video. Namun, cip/kad grafik tersebut amat penting pada Macbook untuk menghasilkan resolusi skrin yang terbaik – iaitu Retina Display yang mempunyai 4K pixel. Di samping berguna untuk pereka-grafik.
Hanya 3 edisi Macbook yang wujud – iaitu Macbook, Macbook Air dan Macbook Pro.
Kesimpulan
Akhir kalam, setiap jenis laptop anda kelebihan dan kelemahan tersendiri. Chromebook sesuai untuk pengguna biasa-biasa, manakala notebook sesuai untuk semua pengguna. Macbook dengan harga yang tinggi, selalunya sesuai untuk tugasan kerja. Semoga maklumat dapat disampaikan dan difahami. Anda boleh berikan komen dan pendapat anda di bawah.