Syarikat yang tradisinya menghasilkan telefon pintar kini telah melancarkan peranti terbaru yang unik dan dijana oleh Harmony OS dari Huawei, bukannya Android seperti yang lain. Honor merupakan jenama di bawah Huawei Technologies mula mengacah televisyen pintar mereka sejak bulan lepas.
Harmony OS adalah nama antarabangsa buat Hongmeng OS yang dibangunkan oleh Huawei. Ia berasaskan mikro-kernel dan boleh dipasang pada pelbagai gadget seperti telefon pintar, jam tangan pintar dan lain-lain. Huawei tidak bersedia untuk menggunakannya pada telefon pintar kerana perlu bersaing dengan Android. Justeru, mereka bersedia bersaing dengan Android dalam arena televisyen pintar.
Paparan bagi TV pintar ini adalah bersaiz 55-inch dengan resolusi 3840×2160 (4K) dan nisbah skrin-ke-badan sebesar 94%. Skrin ini mempunyai 178 darjah penglihatan dan menerima sijil cahaya biru yang rendah dari TUV Rheinland. Honor menambah, ia adalah pantas dan ringan serta nipis dengan reka bentuk yang menarik. Model Pro pula hadir dengan kamera pop-naik 1080P dan ia berguna ketika membuat panggilan-video. Antara kelebihan Honor Vision ini, anda boleh mengawal ia melalui telefon pintar dengan Magic-link:
Honor Vision dijual pada harga 3799 Yuan (~RM2250) bagi model biasa dengan storan 16GB dan 4799 Yuan (~RM2843) buat model Pro dengan storan 32GB. Kedua-dua model ini hadir dengan 2GB RAM.
Buat masa ini, penduduk di CHina boleh pra-tempah mulai esok dan dikatakan ia tidak tersedia untuk pasaran global kerana Harmony OS tidak mempunyai ruang ekosistem aplikasi antarabangsa yang luas.