Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, banyak syarikat dan penyedia servis membantu kerajaan untuk mematuhi PKP. Digi juga mengambil langkah untuk membantu rakyat kekal di rumah – dengan menawarkan data percuma 1GB setiap hari sepajang tempoh KPK.
Digi hanya menawarkan bonus ini kepada pelanggan pascabayar (postpaid) sahaja, sehingga 31 Mac ini. Data ini adalah berkelajuan tinggi dan hanya aktif dari 8 pagi hingga 6 petang sahaja.
Untuk menebus data percuma ini, pelanggan boleh menebus melalui aplikasi MyDigi menerusi telefon pintar masing-masing.
Terima kasih Digi untuk inisiatif tersebut, bagaimana pula penyedia servis yang lain? Diharapkan rakyat Malaysia mematuhi arahan kerajaan untuk menyekat penularan COVID-19 yang lebih parah.