WhatsApp betul-betul buat kecoh di serata dunia kerana terdapat isu privasi berkaitan pengguna pada awal tahun 2021. Jadi, sejak itu, ramai pengguna WhatsApp telah mencuba aplikasi alternatif lain seperti Telegram dan Signal. Tapi kenapa?
WhatsApp mengemaskini polisi privasi
Setelah WhatsApp mengemaskini polisi mereka, pengguna akan nampak sebuah popup untuk menekan butang ‘setuju’ untuk menggunakan WhatsApp. Apa yang buat kecohnya apabila ramai yang salah anggap bahawa WhatsApp akan menceroboh privasi pengguna sesuka hati.
Tetapi tidak sebenarnya. Privasi pengguna kekal selamat seperti dahulu. Sekalipun pihak WhatsApp tidak dapat membaca mesej pengguna mereka kerana ia telah dienkripsikan melaluiĀ end-to-end encryption. Jadi kalau nak rompak bank tetapi berbincang di WhatsApp grup sekalipun tidak menjadi sesuatu masalah kerana memang dijamin selamat (ataupun tidak).
Cuma, pada pendapat penulis, ia bukanlah pembaharuan yang menindas pengguna. Kalau mereka berani curi data pengguna, sudah pasti lingkup Facebook Inc kena saman.
Jadi, pada pendapat penulis, pembaharuan polisi privasi bertujuan untuk implementasi iklan di WhatsApp seperti Facebook dan Instagram. Sejak 2018, khabaran WhatsApp akan keluar iklan telah tersebar luas. Jadi, 2021 ini mungkin akan keluar iklan di WhatsApp. Yelah, Facebook Inc beli WhatsApp berjuta-juta tetapi masih belum buat untung lagi.
Jadi, pada pendapat penulis, pembaharuan polisi ini untuk membolehkan WhatsApp mengumpul ‘karakter’ pengguna. Yalah, sama macam di Facebook dan Instagram. Kalau anda sibuk cuci mata di IGShop barang kemas, nanti bersepahlah keluar iklan barang kemas di Story dan Feed.
Tapi, berdasarkan khabar angin tahun lepas, WhatsApp dilaporkan akan memaparkan iklan di Status. Jadi, ia kelihatan seperti iklan di Instagram Story di mana slide-slide tepi story nanti selit iklan. Sebegitulah rupa iklan di WhatsApp akan keluar akan datang.
Tapi sekarang, mari kita pergi ke topik asal iaitu adakah anda perlu bertukar ke Signal atau Telegram?
Perbandingan Antara Whatsapp vs Telegram vs Signal
Daripada jadual tersebut, kita boleh lihat masing-masing mempunyai ekripsi yang tinggi dan menerapkan keselamatan yang tinggi. Jadi, perkara sensitif juga akan dilindungi oleh mereka.
Namun, dari segi data yang diambil, WhatsApp mengambil data kenalan, lokasi, informasi peranti, data pembelian, data penggunaan dan diagnostics. Manakala pula Telegram hanya mengambil data kenalan, lokasi dan informasi peranti. Tetapi, Signal hanya mengambil akses data kenalan sahaja.
Kesimpulannya, ketiga-tiga sistem permesejan ini adalah selamat. Tetapi jika anda memetingkan privasi yang tinggi, Signal adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Data anda tidak akan dipergunakan untuk iklan (seperti Facebook, Instagram, Google dan sebagainya) apabila menggunakan Signal.
Jadi, tiada masalah untuk anda kekal di WhatsApp atau Telegram sekalipun. Mesej anda tidak akan dibocor atau disabotaj oleh pihak mereka kerana mereka mestilah mematuhi syarat dan undang-undang privasi. Jika tidak, mereka akan berdepan dengan denda yang menelan berjuta-juta dolar.