Siapa tak kenal logo di atas? Logo diatas merupakan syarikat telekomunikasi yang terkemuka di Malaysia walaupun baru diperkenalkan pada tahun 2008. Sejak kebelakangan ini, ia mampu bersaing dengan syarikat yang lain seperti Maxis, Digi dan sebagainya.
Mengapa? Umobile merupakan syarikat yang amat pemurah. Tak silap saya, mereka yang menawarkan internet percuma bagi sosial media yang dikenali sebagai App-Onz dahulu sebelum pesaing yang lain mengikut jejak langkahnya. Tapi, Umobile masih juara apabila menawarkan App-Onz yang unlimited kepada setiap pengguna, manakala pesaing yang bertapak lebih lama di Malaysia hanya mampu menawarkan 10GB sahaja.
Pemurah bukan? Pada hari ini iaitu 26 June 2018, mereka sekali lagi buat kerja gila. Nak tau kenapa? Mereka telah melancarkan internet tanpa had pada RM30 sebulan, WOW! Ia dikenali sebagai GX30 (Prepaid) dan GX50 (Postpaid). Tak sabar kan? Teruskan membaca.
Apa Itu Prepaid?
Prepaid dalam Bahasa Ibunda Malaysia tercinta ialah prabayar. Tak faham? Prasekolah merupakan tadika, di mana tadika dulu baru bersekolah. Sama dengan prabayar, topup dulu baru boleh buat pembelian.
Apa itu Postpaid?
Postpaid pula bermaksud pascabayar. Di mana juga dikenali sebagai bill atau line jika tanya kepada pengguna postpaid. Maka, anda boleh guna dulu, bayar kemudian hari (Tapi sebelum due date la nanti kena potong).
Kenapa saya terangkan prepaid dengan postpaid? Macam saya cakap tadi, GX30 adalah prepaid plan manakala GX50 merupakan postpaid plan.
GX – Giler Unlimited Plan
Umobile telah memperkenalkan plan ini untuk menyediakan data tanpa had untuk semua aplikasi pada harga yang sangat rendah. Maka, anda bebas nak buka Facebook dan membawang serta layan Youtube sampai tidur kemana. Oleh itu, anda boleh layan semua tu tanpa risau pasal data anda.
GX30 – RM30 SEBULAN
Untuk prepaid, anda boleh layan unlimited setiap hari untuk setiap aplikasi. Namun, panggilan percuma tidak termasuk tapi anda masih dapat 3GB data untuk hotspot. Cukuplah tu, pergi lepak je member mintak hotspot, bagi jelah ye, pahala pasif tu.
GX50 – RM50 SEBULAN
Bagi pelan postpaid pula, ia akan menawarkan unlimited data juga tapi sekali dengan tanpa had panggilan bagi semua rangkaian. Selain itu, ia juga memberikan anda 5GB hotspot data dan mampu buat kawan anda senyum lebar.
Kelajuan Internet
Apa itu speed capped? Ia merupakan limit maximum kelajuan internet anda.
Maka, speed capped bagi GX30 ialah 3Mbps manakal GX50 ialah 5Mbps.
P2P speed (torrent) ialah hanya 64kbps, sama laju dengan basic data HAHAHA.
Jom tengok Terma dan Syarat bagi GX30
Penutup
Sebelum hoora-hoorey, anda dinasihatkan dulu test coverage Umobile di sekitar rumah anda dan di tempat kerja. Langkah ini amat berkesan bagi menghalang stress berlaku dan cenderung kepada keguguran rambut uchux anda. Bak pepatah mencegah lebih baik dari merawat, jangan sampai berputih mata tapi biar putih tulang.