Telekom Malaysia telah menurunkan harga yang lebih adil kepada pengguna Streamyx. Umumnya, ramai yang masih menggunakan Streamyx kerana masih banyak kawasan yang tidak mempunyai liputan Unifi dan lain-lain. Memahami situasi berikut, TM telah menurunkan harga yang lebih ‘adil’.
Menjelang 2021, mereka sedia menawarkan liputan yang lebih luas. Pelbagai pilihan akan tersedia iaitu Fibre, Broadbrand tanpa wayar dan GigaWire akan menyelesaikan isu terbabit. Usaha ini turut dibantu oleh kerajaan untuk mencapai kawasan pendalaman.
TM menurunkan harga Streamyx berkelajuan 8Mbps pada RM89 sebulan. Manakala pelanggan sedia ada secara automatik hanya perlu membayar RM69 sebulan sahaja. Untuk pengetahuan anda, pakej Streamyx 8Mbps ini sebenarnya berharga RM160 sebulan dan langkah TM menurunkan harga hampir 50% adalah sesuatu langkah yang tepat.