Peranti terbaru dari OPPO, iaitu Reno bakal dilancarkan di Malaysia pada 16 Mei. Manakala OPPO Reno 10X Zoom bakal dilancarkan pada 27 Mei ini.
Bagi mencabar inovasi dari Huawei, Mate 30 Pro – OPPO tampil dengan senjata terbaru yang mampu zoom masuk 10 kali ganda tanpa kehilangan kualiti.
Peranti ini tergolong dalam kategori kelas atasan. Ini sebabnya:
- Menggunakan skrin FHD+ AMOLED yang dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 6
- Menggunakan cipset CPU terbaru dan terhebat dari Qualcomm – Snapdragon 855
- Cipset ini dilengkapi dengan GPU Adreno 640 – di mana ia menyediakan grafik yang berkualiti
- Storan RAM yang besar – 6 atau 8GB
- Storan dalaman yang gabak – 128 atau 256GB
- Teknologi pengimbas cap jari di bawah skrin
- Teknologi Audio Dolby Atmos
- Aktif sepanjang hari ! – kapasiti bateri 4065 mAh
- Teknologi pengecasan pantas VOOC 20W
- Kamera !
Bab kamera kita asing ke bawah, sebab kamera OPPO Reno 10X Zoom ini lain macam.
Kamera
Kamera utama dilengkapi dengan 3 lensa. Di mana lensa lebar ialah 48MP manakala lensa periskop/telefoto ialah 13MP serta lensa ultra-lebar ialah 8MP.
Lensa lebar 48MP merupakan lensa dari Sony IMX yang dikagumi ramai. Dengan algoritma bersama teknologi kecerdasan buatan, anda boleh menggunakan Ultra Night Mode 2.0 – terbaik untuk menangkap gambar pada waktu malam.
Bagaimana pula dengan fungsi zoom 10X ? Sila lihat video ini kerana ia tidak boleh digambarkan dengan kata-kata:
Manakala kamera hadapan ialah jenis pop-naik yang menggunakan lensa 16MP. Ini bermakna, skrin hadapan adalah penuh dan tanpa takuk.
Adakah OPPO mampu bersaing dengan Huawei Mate 30 Pro ?