Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa beberapa bulan lepas telah mewujudkan norma baharu iaitu bekerja dari rumah dan ini melibatkan penggunaan aplikasi panggilan-video seperti Zoom, Meet dan sebagainya untuk berkomunikasi.
Kini, tiba giliran pelajar pula untuk belajar dari rumah setelah kes COVID-19 meningkat kebelakangan ini. Pelajar sekolah, matrikulasi dan universiti kini diarahkan pulang dan perlu meneruskan PnP secara atas talian (Open & Distance Learning) untuk tempoh ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Umumnya, ODL adalah agak sukar untuk pelajar kerana terdapat beberapa faktor yang mengurangkan efisiensi pembelajaran atas talian. Hal ini kerana perkara ini adalah ‘agak baharu’ dalam kehidupan pelajar dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Jadi, dalam artikel ini kami akan memberi petua dan idea untuk belajar secara atas talian dengan lebih cekap.
Cara Belajar Online Dengan Penuh Selesa dan Efektif
-
Siapkan diri sebelum mulanya kelas
“Jika ingin berperang, maka sediakan senjata sebelum turun ke medan” – John D’Blend. Menurut beliau, kita perlu bersiap sedia sebelum melakukan sesuatu yang besar. Pembelajaran memerlukan tahap fokus yang tinggi dan ini memerlukan bantuan diri sendiri – menyediakan tenaga untuk minda dan badan.
Oleh itu, pelajar perlulah mengambil sarapan pagi dan mandi sebelum kelas bermula. Kerna masa di sekolah mencabar sentiasa, ibu jangan bimbang, Milo bekalkan tenaga! Untuk tips mujarab tambahan, anda boleh bersenam sedikit dan sedut udara segar pagi supaya darah beroksigen tinggi naik ke otak dan seluruh badan untuk badan kekal cargas dan mantap.
-
Kelajuan Internet yang laju dan stabil
ODL memerlukan Internet yang baik kerana pelajar perlu menyertai panggilan-video oleh pengarah dan guru. Ini bermaksud, anda memerlukan internet yang kuat, stabil dan laju. Contohnya, resolusi video panggilan-video group yang ditetapkan oleh Zoom hanyalah 360P sahaja, bukannya 720P atau 1080P. Maka kelajuan internet minima yang diperlukan adalah 2-3Mbps, berita baik untuk pengguna U Mobile, jangan risau anda masih boleh menyertai panggilan-video group ini dengan lancar.
-
Sediakan ruang belajar yang baik
“Jika berperang dengan senjata tumpul, maka anda menempah slot untuk berjumpa dengan Ayah Pink” – John D’Blender. Selain itu, menurut Abraham Licoln “Jika diberi sejam untuk menebang pokok, aku akan habiskan 45 minit untuk menajamkan kapakku”.
Kedua-dua tokoh ini mementingkan persediaan sebelum membuat sesuatu dan anda perlu mencontohi mereka. Maka, sedialah ruang belajar yang selesa. Duduk di atas kerusi, menggunakan meja yang luas, memasang lampu sebagai pengcahayaan dan pastikan kipas hidup sentiasa.
[tie_slideshow][tie_slide]
[/tie_slide]
[tie_slide]
[/tie_slide]
[/tie_slideshow]
Selain itu, ruang belajar yang baik juga mempunyai persekitaran yang selesa. Maka, anda perlu lari dari gangguan visual, gangguan audio dan gangguan bau ataupun gangguan deria yang lain. Cuba belajar di bilik sendiri, dan bukannya di ruang tamu atau dalam dapur untuk minimakan gangguang dan memaksimakan keselesaan belajar.
-
Pegang pen dan letak buku nota di tepi
Jangan buat-buat seperti anda sedang menonton Netflix. Pastikan anda pegang pen dan buku nota lalu catat sebarang informasi yang diterangkan oleh pensyarah. Untuk lebih fokus, sila guna earphone supaya boleh mendengar dengan lebih jelas disamping menghalang gangguan bunyi dari luar menghentam gegendang telinga.
-
Pastikan postur kedudukan diri adalah betul
Meja dan kerusi adalah penting untuk postur badan manusia. Ada orang suka buat kerja sambil baring, duduk di lantai ataupun di atas katil. Perkara ini akan memberi impak pada postur badan kerana salah diri sendiri yang menimbulkan tekanan pada tulang badan terutama pada bahagian leher dan tulang belakang.
Pentingnya menerapkan postur badan yang betul adalah mengekalkan sihat tubuh badan, menghilangkan rasa lenguh pada tulang dan boleh buat kerja untuk masa yang lama.
[tie_slideshow]
[tie_slide] [/tie_slide]
[tie_slide][/tie_slide][/tie_slideshow]
-
Bijak mengatur masa
Sebagai pelajar yang penuh dengan cabaran, anda perlu belajar mengatur masa dan bijak menguruskan pergerakan. Untuk setiap jam belajar, sila ambil 10 minit untuk berehat seketika. Berehat seketika adalah penting seperti tidur pada malam hari.
Apabila kita tekun belajar, otak kita sedang berkayuh dan merembeskan neuroreseptor serta menelan glukosa. Jika belajar terus selama berjam-jam tanpa rehat seketika, anda sebenarnya merugikan diri sendiri. Oleh itu, setiap orang disyorkan untuk berehat 10 minit setelah 50 minit bekerja. Kajian saintis juga mengesahkan bahawa rehat seketika terbukti mampu meningkatkan produktiviti seseorang.
Rehat paling mantap adalah tidur seketika dan anda akan berasa fokus selepas itu. Kalau tidur dalam peperiksaan, selepas bangun tidur itu sudah pasti dapat ilham.
-
Guna laptop atau PC
Skrin lebih luas adalah lebih baik. Jika ada laptop ataupun PC, maka gunalah ia untuk memaksimakan keselesaan belajar. Hal ini kerana laptop/PC adalah sangat sesuai untuk ODL kerana tidak perlu risau dengan bateri.
-
Minta tolong jika memerlukan bantuan
Hidup segan mati tak mahu. Malu bertanya sesat jalan. Jika pensyarah terlalu laju, maka sila bertanya jika ada masalah. Jangan segan untuk minta pertolongan dari kawan-kawan juga. Jika anda ingin mengulang pencerahan pensyarah, anda boleh rakam skrin anda dengan Bandicam atau CamStudio.
-
Letak sasaran dan objektif
Seseorang itu haruslah mempunyai sasaran dan objektif untuk berjaya. Jika sasaran dan objektif tidak terlalu tinggi, maka wawasan dan cita-citanya masih cetek. Bagi yang belajar atas talian, sasaran yang anda perlu tetapkan ialah habiskan kelas dengan kefahaman.
-
Gula-gula, keropok dan kacang letak tepi
Jangan lupa jajan sewaktu belajar dan juga sediakan botol dan air minum sewaktu pembelajaran. Kekal hidrasi adalah sangat penting untuk kesihatan seseorang disamping membantu meningkatkan kecekapan. Makan sambil belajar adalah sangat tidak sesuai, namun gula-gula getah juga berguna sewaktu belajar. Gula-gula getah akan membantu pergerakan otot rahang dan membantu pengepaman darah ke bahagian kepala, justeru boleh meningkatkan tahap fokus sewaktu belajar.
Kesimpulan
Akhir kata, terdapat banyak cara-cara untuk kita belajar secara atas talian dengan lebih selesa dan ada beberapa darinya merupakan faktor terbesar. Keselesaan belajar amat penting kerana ODL juga boleh dikatakan berlangsung untuk separuh hari. Maka, sila bersedia dan perbaiki diri untuk menghadapi ODL sepanjang tempoh yang ditetapkan KPM dan semoga wabak pandemik COVID-19 pergi.