Bidang e-Sukan merupakan salah satu arena yang mendapat sambutan yang hangat dan meningkat dalam tempoh yang pendek sahaja. Melihat potensi dalam bidang e-Sukan yang dapat menawarkan pertandingan kompetitif bertaraf antarabangsa yang mampu memberikan manfaat kepada belia dan negara, Malaysia dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membantu dalam pembangunan e-Sukan di Malaysia.
Menurut menteri KBS, Syed Saddiq berkata bahawa Pelan Strategik Pembangunan e-Sukan telah mendapat suntikan dari kerajaan sebanyak RM20 Juta melalui Bajet 2020 yang berlangsung tidak lama dahulu. Beliau juga berharap ia dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan pembangunan e-Sukan di tanah air.
Objektif utama KBS adalah melahirkan atlet di kalangan belia yang profesional dan kompetitif di setiap peringkat dan bercadang untuk menganjurkan sistem liga bagi e-Sukan. Dengan usaha tersebut, mereka yakin dapat mencari atlet yang berdaya saing untuk membentuk pasukan baharu bagi mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.
Hala tuju e-sukan nampaknya boleh berkembang dengan baik dengan perlibatan kerajaan dalam pelan strategik lima tahun dari 2020-2025.
Bidang e-Sukan tidak lagi asing di Malaysia kerana pada tahun lepas, Malaysia diiktiraf dalam industri ini kerana berjaya menganjurkan pertandingan di peringkat global seperti Kuala Lumpur Major Dota 2, Mobile Legends World Championship 2019 dan World Esports Games (WESG).
Sukan SEA 2019 dan Sukan Asia 2022 buat julung kali pertama akan mempertandingan acara e-sukan untuk pingat. Nampaknya netizen tidak sabar untuk melihat pretasi atlet e-sukan tempatan untuk mengharumkan nama negara.