oBike merupakan sebuah syarikat yang menyediakan kemudahan basikal untuk disewa di kawasan ‘hotspot’ dalam negara. Tahukah anda bahawa oBike mulanya beroperasi di Singapura dahulu sebelum di bawa masuk ke dalam Malaysia?
Walaupun telah memperoleh sambutan yang hangat, mereka berhentikan operasi atas alasan yang tidak dapat dielakkan: bukannya vandalisme tetapi masalah tempat letak kereta. Bandar yang sibuk yang menghadapi masalah ini, oBike terpaksa mematuhi peraturan LTA (Land Transit Authority).
Walaupun telah mengkritik peraturan tersebut, mereka juga menyatakan tujuan mereka iaitu ‘menyediakan perkhidmatan perkongsian basikal yang akan memberi manfaat kepada pengguna dan sistem pengangkutan Singapura’.
Walaupun kerajan mereka ingin membuat peraturan baru dimana pengguna akan didenda jika salah meletakkan basikal mereka. Namun apakan daya jika komuniti atasan yang lebih berkuasa ingin membuat keputusan kan?
Walaupun sebegitu, mereka mampu nak lawan di dalam mahkamah, tetapi disebabkan oleh vandalisme seperti dicampak berterabur di merata-rata dan dicuri barangnya, oBike mengambil langkah drastik bagi memudahkan kerjanya; iaitu menarik diri dari Singapura.
oBike hanya hentikan operasinya di Singapura sahaja, dan di negara lain, ia masih wujud dan masih dijalankan.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa syarikat lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama seperti
ofo dan MoBike. Sudah pastinya, mereka akan dahagakan 1 juta pengguna oBike yang ditinggalkan.
Jika anda rakyat Singapura, sila bagi pendapat anda atas oBike Singapura yang menutup operasinya di dalam ruangan komen.
Penutup
Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah menghormati syarikat oBike dan tidak melakukan sebarang vandalisme. Perbuatan ini amat mencemarkan negara di mata dunia. Jangan disebabkan oleh nila setitik, rosak susu sebelanga. Sian orang lain nak gunakan oBike, handle takde, seat rosak dan rantai putus. Lebih sedih lagi, oBike dibawa jauh ke dalam hutan untuk dicampakkan dari atas jambatan.