Kerajaan telah mengumumkan bahawa pengguna telekomunikasi di Malaysia akan menerima data 1GB percuma setiap hari sehingga tamatnya tempoh PKP bermula hari ini.
Oleh yang demikian, bagi yang masih belum tahu caranya untuk menebus, anda boleh baca artikel ringkas ini. Namun, kuota 1GB hanyalah sah antara 8 pagi hingga 6 petang.
Namun, sesetengah penyedia telekomunikasi hanya menawarkan internet bonus ini hanya pada pelanggan yang aktif dan melanggan mana-mana pelan internet.
Celcom
Untuk pengguna Celcom dan Xpax, kuota internet 1GB akan dikreditkan dalam akaun masing-masing secara automatik. Maka, tidak perlu melakukan apa-apa langkah.
Digi
Manakala bagi pengguna Digi sama ada prabayar atau pascabayar, anda boleh menebus internet percuma menerusi aplikasi MyDigi. Setelah membuka aplikasi itu, maka pergi ke tab sebelah iaitu ‘Box of Surprise’ dan tekan pada butang tebus.
Maxis
Untuk pengguna Maxis dan Hotlink, anda perlu menebusnya menerusi aplikasi khas anda sendiri, sama ada MyMaxis app, MyMaxis Biz app, Hotlink Flex app atau Hotlink RED.
U Mobile
Bagi pengguna U Mobile, anda boleh menebus kuota terbabit dengan mendail kod yang dikehendaki. Untuk pengguna prabayar, dail *118*6# dan pilih Special Offer. Manakala pelanggan pascabayar, dail *118*7# dan sama juga pilih Special Offer.
Tunetalk
Bagi pengguna Tunetalk pula, anda diperlukan untuk menaip sedikit dan menghantar sms iaitu STAYHOME ke 2222.
OneXOX
Untuk menebus kuota 1GB bagi mana-mana pelanggan di bawah OneXOX, anda boleh berbuat demikian melalui aplikasi ONEXOX Black. Selain itu, anda boleh menebusnya juga dengan mendail *150# lalu masukkan nombor 66 dan hantar untuk pergi ke menu yang lain. Selepas itu, hantar nombor 2 untuk menebus Daily Free 1GB.
Semoga kerjasama antara kerajaan dan syarikat telekomunikasi ini membuahkan hasil dan bermanfaat kepada rakyat Malaysia.