Musik, Lagu, Irama. Inilah salah satu ubat untuk menghilangkan stres. Namun, cara kita mendengarinya ada perbezaannya. Mana lagi bagus? Mana lebih selesa? Baca lanjutan artikel ini untuk ketahui jawapannya.
Fon kepala (kiri) atau fon telinga (kanan). |
Ringkasan
Ikhtisarnya, kedua-dua alat pendengaran lagu ini ada perbezaannya. Sebelum kita ketahui kebaikan dan keburukannya, mari kita belajar ringkasan kedua-dua alat ini.
Headphone atau istilah Melayunya fon kepala ialah sebuah alat pendengaran lagu yang popular di awal sejarah alat pemdengaran. Pada era 70-an hingga 90-an, cara yang paling mudah untuk mendengar lagu sambil berjalan kaki ialah dengan memakai headphone.
Headphone juga terdapat jenis-jenisnya. Salah satu jenisnya ialah jenis supra-Aural (jenis yang menutupi sebahagian besar telinga) dan circumaurais (jenis yang tutup keseluruhan telinga seperti tudung saji) Arakian, setelah tibanya era tahun 2000, munculnya teknologi-teknologi canggih yang membuka pintu teknologi alat pendengaran ke era baharu iaitu earphone.
Earphone pula atau istilah Melayunya fon telinga juga sebuah alat pendengaran lagu. Revolusinya terletak pada saiznya, saiznya sangat kecil dan mudah dibawa dimana-mana sahaja.
Kelebihan & Kekurangan
Nota : Mudah alih bermaksud mudah digunakan sewaktu melakukan aktiviti yang melibatkan banyak pergerakan (berlari, berjoging).
Headphone (Fon kepala)
Kelebihan
- Menghasilkan kualiti bunyi yang tinggi.
- Menghasilkan tona bass yang kuat.
- Menghalang bunyi persekitaran (seperti bunyi kenderaan).
Kekurangan
- Besar dan bukan mudah alih.
- Mudah berpeluh jika dipakai lama.
- Boleh mengubah gaya rambut serta kedudukan cermin mata. (Jika headphone jenis besar).
Earphone (Fon telinga)
Kelebihan
- Murah.
- Saiz yang kecil serta mudah alih.
- Tidak rosakkan gaya rambut serta tidak mengganggu cermin mata.
Kekurangan
- Tidak menyediakan kualiti bunyi yang terbaik.
Kesimpulannya
Kalau anda suka mendengar lagu (jenis yang kerap dengar lagu) serta tidak mahu lagu yang anda sedang didengari diganggu oleh suara persekitaran maka headphone adalah pilihan anda yang terbaik.
Namun, kalau anda jenis yang suka mendengar lagu ketika melakukan aktivit kecergasan seperti di pusat senaman mahupun berlari di taman maka earphone adalah pilihan anda.