Baru-baru ini dunia telah dilanda satu trend yang dikenali sebagai #10yearschallenge di mana ia memaparkan dua gambar individu 10 tahun dahulu dan sekarang. Akan tetapi jangan terkejut jika ada yang meletakkan gambar selain 10 tahun dahulu dengan niat “janji ikut trend”. Artis-artis tersohor juga tidak terlepas untuk melakukan cabadan ini. Contoh seperti Dwayne “The Rock” Johnson yang turut menyahut cabaran tersebut.
Namun, tanpa kita sedari bahawa terdapat risiko yang akan hadir lebih-lebih lagi di era yang penuh dengan kemajuan teknologi. Mungkin kita merasakan bahawa gambar anda tidak akan dijadikan sebarang bahan uji kaji, namun terdapat sesetengah pihak yang telah membongkarkan konspirasi di sebalik cabaran ini. Lebih baik kita berhati-hati. Sediakan payung sebelum hujan!
Menurut Kate O’Neill (penulis bagi wired.com) yang menulis dalam laman twitternya bahawa tidak mustahil bagi sesuatu trend bagi dijadikan ujian bagi menguji algorithma pengecaman muka. Hal ini kerana syarikat-syarikat gergasi amat memerlukan data peribadi seseorang itu bagi memastikan syarikatnya sentiasa selangkah di hadapan untuk memonopoli.
Apa yang lebih menarik ialah algorithma ini digunakan oleh A.I (Artificial Intelligence) bagi menguji proses penuaan seorang manusia. Namun tetap ada pandangan yang menafikan kenyataan dari beliau.
Akan tetapi, dalam kita leka dengan trend ini, ia bakal menjadi satu ancaman siber yang terbesar bagi abad ini!
Oleh yang demikian, kami menasihati agar anda tidak mudah terpengaruh dengan sesuatu trend agar keselamatan anda, keluarga dan harta terjamin.