Macam biasa, setiap peranti yang dilancarkan akan diulas oleh pengulas gadget di luar sana. Dalam beberapa bulan ini, terdapat 3 model mercu terkini oleh 3 pengeluar terbesar yang telah diperkenalkan iaitu iPhone 11 Pro Max, Samsung Note 10+ dan Huawei Mate 30 Pro.
Buat kali ini, seorang pengulas YouTuber Mrwhosetheboss tampil dengan video baharu yang menguji ketahanan dan jangka hayat bateri pada ketiga-tiga telefon pintar mercu tersebut.
Dari segi spesifikasi, Huawei Mate 30 Pro mempunyai kapasiti bateri terbesar iaitu 4,500mAh diikuti rapat oleh Samsung Galaxy Note10+ iaitu4,300mAh. Apple iPhone 11 Pro Max yang menjanjikan ketahanan bateri paling panjang sewaktu pelancaran pula sekadar hadir dengan kapasiti bateri 3,969mAh. Namun, nombor adalah sekadar angka – jom kita lihat video tersebut:
Kesemua peranti telah dicaskan sehingga kapasiti bateri penuh dan telah diuji dengan aktiviti yang serupa. Secara ringkas, iPhone 11 Pro Max telah memenangi kategori ketahanan bateri dengan mengalahkan Huawei Mate 30 Pro serta Samsung Galaxy Note 10+. Mari kita lihat catatan masa ujian tersebut:
- iPhone 11 Pro Max – 8 jam 32 minit
- Huawei Mate 30 Pro – 8 jam 13 minit
- Samsung Galaxy Note 10+ – 6 jam 31 minit
Apakah faktor tempoh jangka ketahanan bateri ? Jawapannya adalah optimasi – dari segi spesifikasi dan sistem operasi. Apple yang terkenal dengan kualiti setiap produk nampaknya telah mengoptimasikan iOS 13 dengan cemerlang bersama pengenalan cip pemprosesan A13 Bionic yang lebih cekap tenaga dan efisien.
Pencabar terdekat, Huawei Mate 30 Pro yang mempunyai kapasiti bateri 13.3% lebih banyak juga mempunyai pretasi yang menggagumkan. Hal ini kerana peranti terbaru dari Huawei ini menggunakan Kirin 990 yang terbaru dari mereka, dan pasti – lebih cekap tenaga.
Seterusnya, Samsung Galaxy Note 10+ ketinggalan jauh dengan perbezaan sebanyak 2 jam 1 minit berbanding iPhone 11 Pro Max. Walaupun mempunyai kapasiti bateri 8.3% lebih besar berbanding iPhone 11 Pro Max, ia masih tidak mampu mengalahkan pengeluar dari Amerika Syarikat itu.