Menjadi satu kebiasaan untuk pemandu sama ada motor atau kereta menggunakan aplikasi Waze untuk ke tempat yang kita tidak pernah kunjungi. Malah, Waze menjadi peneman sejati pemandu-pemandu untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, mencari jalan pintas yang terbaik serta dapat menjimatkan penggunaan petrol. Tetapi anda ada terfikir mengapa masih terdapat kesilapan pada perjalanan anda yang menyebabkan pemanduan anda terganggu? Kami di bijak android telah mengenal pasti beberapa faktor yang menyebabkan haluan anda berubah-ubah dan tersesat.
Pada ‘setting’ Waze anda terdapat ‘feature’ Navigation, jadi anda perlu ke bahagian tersebut untuk menyesuaikan tetapan mengikut kehendak anda. Bagaimana anda boleh tersesat? seperti gambar di atas anda telah menetapkan agar laluan anda perlu mengelak tol(Avoid toll roads). Jadi laluan yang anda akan dibawa berkemungkinan jalan yang jarang digunakan ataupun jalan di kawasan pekan kecil. Mengapa anda digalakkan untuk menggunakan lebuh raya? Anda pasti tidak mahu kehilangan bantuan Waze di tengah-tengah kawasan pedalaman yang dikelilingi hutan. Jadi pastikan anda semak dahulu jalan tanpa tol yang bakal dilalui sebelum memulakan perjalanan.
Seterusnya, pastikan anda tetapkan ‘Don’t Allow’ pada pilihan Unpaved Roads. Ia bagi mengelak daripada Waze membawa anda ke jalan tidak berturap, contohnya kawasan ladang ataupun hutan. Ia sangat berisiko kepada anda lebih-lebih lagi pada waktu ketiadaan cahaya pagi.
Yang terakhir, pengguna juga dinasihatkan untuk menetapkan ‘Always’ pada pilihan ‘Avoid difficult intersections’ supaya anda tidak perlu melalui jalan yang terlalu banyak simpang. Hal ini kerana kadang-kala aplikasi navigasi seperti Waze juga mempunyai ralat sekiranya anda melalui kawasan yang terlalu banyak simpang dan jalan alternatif. Akibatnya, anda mungkin akan menerima arahan yang bertukar-tukar dalam tempoh yang singkat.
Secara amnya, perkara ini sangat mudah tetapi dianggap remeh menyebabkan tempoh perjalanan yang sepatutnya diminimumkan menjadi sangat lama. Sediakan payung sebelum hujan. Selamat memandu bagi di luar sana!