Pernah tak anda perasan kawan anda memiliki jam pintar. Nampak cantik,menarik serta bergaya namun apa fungsinya? Setakat menunjukkan masa terkini apa diherankan. Jangan buat andaian terburu-buru, jam pintar juga ada kelebihannya yang mungkin anda tidak tahu. Berikut adalah kelebihan-kelebihan jam pintar yang akan menarik minat anda membelinya.
Peranti Kesihatan
Tahukah anda bahawa jam pintar boleh mengesan kadar nadi dan jenyutan jantung anda. Bukan itu sahaja, jam pintar juga boleh mengesan langkah-langkah anda. Perihal ini adalah baik untuk kesihatan kerana, jika anda mempunyai aplikasi kesihatan di fon anda, ia akan secara automatiknya menyambung ke jam pintar anda. Maka, anda boleh menyeset gol anda untuk mencapai tahap kesihatan dengan senang dan tepat dengan adanya jam pintar.
Penggera
Anda pernah lewat dikala ketenangan. Maka, anda boleh membuat penggera pada jam pintar anda. Jam pintar anda akan mengingatkan anda dengan ketangkasan yang tinggi. Hal ini kerana, anda akan lebih sedar daripada penggera fon. Lagipun, jika anda membuat penggera pada fon, anda mungkin rasa malu jika penggera fon berbunyi. Maka, jam pinat juga ada fungsi penggera bergetar, ia akan mengingatkan anda tanpa bunyi yang akan tidak memalukan ajda di kawasan awam.
Petunjuk Peta
Sesetengah jam pintar mempunyai fungsi ini, jika anda pernah tersesat ataupun ingin pergi ke sebuah tempat yang anda kali pertama pergi ataupun ada halangan di jalan yang anda sering, anda boleh menggunakan peta yang sudah sedia ada dimuat turun oleh jam pintar. Dengan itu, anda akan lebih senang menemui jalan alternatif tanpa anda berpusing kepala memikirkan perjalanan.
Peranti Lagu
Dan terakhir sekali, juga bukan salah satu fungis yang ada di seluruh jam pintar, anda boleh muat turun lagu ke dalam jam pintar anda. Selepas itu, anda boleh menyambungkan jam pintar anda dengan fon telinga secara bluetooth. Hal dengan itu, anda tidak perlu membawa fon anda yang berat diwaktu sedang melakukan aktiviti senaman, serta memudahkan anda melakukan aktiviti kecergasan tanpa merisaukan fon anda jatuh dikala penyenaman (masa berlari).