Malaysia sedang menaik taraf teknologi komunikasi dengan membawa rangkaian 5G melalui Digital Nasional Berhad. Umumnya rangkaian 5G adalah teknologi terbaru yang telah dibawakan ke semua negara-negara maju. Rangkaian 5G menggunakan frekuensi radio yang lebih tinggi yang berkemampuan untuk membawa lebih banyak data di gelombang udara. Oleh itu, rangkaian 5G lebih laju dan rendah latency berbanding dengan 4G.
Hasil uji kasi oleh saluran YouTuber Malaysia – Pendakwah Teknologi telah menguji kelajuan internet 5G di Kuala Lumpur. Video ini memaparkan hasil percubaan kelajuan 5G oleh syarikat telekomunikasi besar di Malaysia iaitu Maxis, U Mobile, Digi, Celcom dan Unifi Mobile. Rata-rata menunjukkan kelajuan yang padu dan jitu iaitu mencecah melebihi 1000 Mbps untuk kelajuan memuat turun dan 100 Mbps pula untuk kelajuan memuat naik seperti dalam video Youtube ini:
Namun, 5G di dalam dunia realiti adalah indah khabar dari rupa. Tidak dinafikan bahawa 5G mampu melebihi 1000 Mbps atau 1 Gbps dalam erti kata yang lain, tetapi ia belum tentu dapat mencecah 100 Mbps di dalam dunia realiti. Tetapi di Malaysia pula, pengguna perlu hadap dengan terma dan syarat yang mengarut pula iaitu Fair Usage Policy.
Berdasarkan rajah di bawah, statistik kelajuan sebenar pelanggan menunjukkan bahawa 5G adalah lebih laju berbanding 4G di setiap buah negara yang telah dikumpulkan oleh Open Signal. Namun, hanya beberapa buah negara sahaja yang mempunyai kelajuan berganda-ganda berbanding 4G seperti Korea Selatan, Australia, Jerman dan United Kingdom. Manakala negara lain pula kelajuannya hanya bertambah sekitar 2 hingga 3 kali ganda sahaja seperti di Amerika Syarikat, Jepun, Perancis dan Brazil.
Seperti sedia maklum, rangkaian 4G boleh membekalkan kelajuan memuat turun sehingga 100 Mbps, tetapi rata-rata pengguna sim kad di Malaysia hanya memperolehi kelajuan 1-5 Mbps sahaja walaupun tinggal di tengah bandar. Nak cecah 10 Mbps pun belum tentu dapat kerana kepadatan pengguna di setempat.
Berdasarkan rajah di atas, negara-negara lain juga hadapi isu seperti di Malaysia iaitu kelajuan 4G “cukup-cukup makan”. Namun selepas pengenalan 5G, kelajuan bertambah sehingga 2 ke 3 kali ganda. Jika kelajuan 4G di Malaysia hanya sekitar 5 Mbps, kita boleh menjangkakan kelajuan 5G sekitar 10 ke 15 Mbps. Walaupun menetap di bandar besar Chichago, Amerika Syarikat – kelajuan 5G adalah amat mengecewakan seperti di dalam video ini:
Namun, walaupun realitinya kita tidak dapat kelajuan yang sering digempar-gempurkan seperti kelajuan 5G melebihi 1 Gbps, tetapi koneksi 5G semestinya lebih pantas (walaupun sedikit), ping dan latency yang lebih rendah serta lebih stabil.
Walaupun sebegitu dan sedemikiannya, penulis masih musykil tentang kemampuan 5G apabila ramai pengguna 5G. Seperti yang kita tahu, telefon yang menyokong 5G adalah mahal dan terhad manakala kualiti liputan 5G masih kita tidak ketahui. Risau pada masa akan datang, telefon 5G lebih murah dan ramai telah menggunakan rangkaian 5G lalu kepadatan/congestion akan berlaku. Diharapkan pihak DNB menggunakan dan menyediakan rangkain 5G dengan teknologi bermutu-tinggi supaya pelanggan menerima internet yang laju setiap detik.
Buat masa ini, terdapat 7 telefon 5G yang mampu milik dan harganya sekitar RM500-1000 sahaja. Namun, stok adalah terhad di Malaysia dan harap pengedar telefon pintar dapat membawa telefon 5G lebih banyak pada tahun 2022.