Dari 5G hinggalah ke telefon berlipat, kemungkinan 2019 ialah tahun pembaharuan yang tergempak bagi dunia telefon.
Tahukah anda, inovasi terbesar yang berlaku di dunia telefon ialah penambahan “notch” ataupun takik di paparan telefon.
Bukan itu sahaja, buat kali pertama kalinya, kadar pembelian telefon pintar telah menurun pada tahun 2018. Hal ini kerana, pengguna telefon sudah mula untuk bermalasan dalam menaik taraf telefonnya kepada membeli telefon yang lebih canggih.
Pola ini akan berubah pada tahun 2019. Terdapat banyak berita gembira yang akan hadir kepada rakyat telefon seperti 5G dan telefon yang boleh berlipat.
5G
Sebuah syarikat telekom, Verizon mengatakan bahawa mereka mula membuat ujian penggunaan 5G, perihal yang dinanti-nantikan oleh semua pihak pengguna telefon yang menginginkan kelajuan internet yang laju dan mudah. Teknologi 5G memberi peningkatan rangkaian telefon seperti bandwidth (lebar jalur), ketindakbalasan dan kebolehan dalam menguruskan kelajuan internet untuk pengguna dalam semua kelajuan (sebagai contoh, kelembapan yang dialami oleh pengguna Umobile Unlimited).
Mahupun begitu, untuk menggunakan rangkaian 5G haruslah digunakan pada sesetengah telefon yang boleh menggunakan teknologi 5G. Beberapa syarikat telefon mula menyediakan telefon kebolehan 5G yakni Samsung, OnePlus serta LG. Mereka berpegang teguh bahawa mereka akan mengeluarkan telefon pintar 5G pertama di dunia.
Teknologi 5G berkemungkinan akan keluar pada tahun 2019~2020 di negara Amerika Syarikat. Kemungkinan juga teknologi ini akan tiba di Malaysia dalam kelewatan 5 tahun selepas.
Telefon Lipat
Seperti yang dilihat di dalam video, Samsung telah menjalankan sebuah prototaip telefon canggih berlipat pertamanya. Hal ini bukan seperti paparan lengkok yang ada pada telefon Samsung seperti telefon Galaxy Note dan semua telefon Galaxy S.
Juga, jika teknologi makin canggih, berkemungkinan kita akan dapat peranti yang besar seperti tablet dan laptop dapat dilipat hingga dapat dimuat ke dalam kocek seluar kita.
Namun begitu, Samsung bukanlah penghasil telefon lipat canggib pertama di dunia. sebuah syarikat di China bernama Royole telah berjaya menghasil telefon lipat canggih pertama di dunia bernama FlexPai, namun telefon ini kemungkinan akan dijual hanya di negara China sahaja dan jarang (jika ada) dijual di Malaysia. Bukan itu sahaja, syarikat Huawei dan Lenovo juga masih lagi dalam proses mempelajari teknologi telefon lipat canggih, dan lebih banyak lagi syarikat yang ingin menceburi bidang teknologi inovasi ini.
Arakian, itu sahaja berita mengenai pembaharuan dunia telefon pada tahun 2019, walaupun beritaya sedikit namun kemungkinan ini akan mnegubahkan dunia kehidupan kita ke lebih kesenangan.