Pernahkah anda perasan bahawa fon anda mula mati awal. “Sewaktu di awal pembelian fon bateri tidaklah mati secepat sekarang”, adakah ini andaian anda sekarang?
Ringkasan
Semua ini berlaku kerana bateri fon anda tidak berkalibrasi dengan fon anda, dengan kata lain, fon anda dan bateri fon anda tidak bersepakat. Apa maksud sepakat? Sepakat bermaksud saling berbantu-bantu. Untuk memahami konteks ini dengan lanjut, boleh diibaratkan seperti ini : Bateri fon anda masih lagi ada kuasa, tetapi fon anda menunjukkan bahawa fon anda kehabisan bateri.
Jadi, bilakah waktu untuk kita untuk mengalibrasikan bateri? Sewaktu :
- Bateri cepat mati.
- Fon masih boleh hidup walaupun sudah 0% bateri (Waktu hidupkan semula, jumlah bateri bukan 0%).
Kalibrasi berfungsi untuk membetulkan semula sepakat di antara bateri dan fon. Maka, jika sepakat terbentuk, fon anda dapat kekal lama hidup.
Panduan ini adalah sesuai digunakan walaupun fon tidak diroot.
Panduan
1. Cas fon anda hingga 100% (biarkan fon dicas satu jam lebih selepas sudah mencapai 100%).
2. Matikan fon anda.
3. Caskan fon anda, anda akan sedar bahawa fon yang sudah cas 100% terturun nilsinya (contoh dari 100% ke 90%).
4. Tutup dan hidupkan fon anda semula, cas fon anda semula hingga anda dapat 100% yang kekal.
5. Guna fon anda seperti biasa hingga bateri mati (0%).
6. Cas fon anda hingga 100%.
Tahniah, selepas anda melakukan panduan ini, telefon anda sudah berkalibrasi serta anda dapat menggunakan fon anda dengan hati lega.