Bukan namanya ‘member’ kalau tak sakat sama sakat kan? Member ni yang selalu ada dengan kita, hubungan masih kekal selamanya – sebabtu jangan lupa member demi awek yang tercinta. Okay sudah, saja je heee.
Mari kita mulakan tahun 2019 dengan kenangan pecah perut bersama rakan-rakan. Maka, Bijak Android telah menggumpulkan 10 aplikasi terbaik untuk prank kawan-kawan dengan telefon pintar sahaja. Lebih menghiburkan kalau lepak mamak setable dan cuba aplikasi yang kami bakal tunjukkan. Teruskan membaca ya !
Amaran: Jangan prank orang yang tidak boleh diajak bergurau!
Scare Your Friends
Aplikasi ini memang sangat mengejutkan, ia akan mengeluarkan gambar seram sebaik sahaja telefon pintar dibuka. Taktik yang senang adalah menyuruh rakan untuk mengambilkan telefon kita di atas meja, contohnya lah. Tapi hati-hati, nanti dia tercampak telefon anda – Bijak Android tidak akan bertanggungjawab ! – Download Here
Crack Screen Prank
Ini merupakan aplikasi klasik untuk menipu kawan-kawan anda. Apabila tuan harta nampak skrin mereka ‘crack’, hati mereka juga akan ‘crack’. Lagi seronok kalau prank pada telefon pintar milik kawan yang baharu, mesti luluh berkecai punya. Taktik? Mungkin pinjam telefon, lepas itu masukkan ke dalam poket dan acah-acah terduduk, keluarkan telefon dan tunjukkan pada dia dengan jarak yang jauh sedikit agar tidak kantoi. – Download Here
Fake Location Spoofer Free
Aplikasi ini bukanlah ‘prank’ sangat pun, tapi boleh menipu kawan anda dengan sekelip mata ! Aplikasi ini mudah saja, tak perlu akses root pun. Cuma prosesnya agak leceh sedikit. dengan aplikasi ini, anda boleh upload ‘check-in’ di negara asing seperti Paris, London ataupun Bandung – di mana jua anda nak ! – Download Here
Dude, Your Car !
PERHATIAN ! Aplikasi ini dianggap sebagai ‘dangerous prank’ di mana anda boleh mengakibatkan kemarahan yang melampau pada kawan anda. Maka, pilih mangsa sebaik mungkin. Gunakan aplikasi ini untuk menangkap gambar kereta milik mereka dan anda boleh menambahkan sedikit ‘perencah’ untuk merosakkan kereta itu. Contohnya ialah cermin pecah, bengkok, kereta calar, kereta kena kunci dan sebagainya. Bijak Android dah bagi amaran, jangan salahkan kami lepas ini ! – Download Here
Motion Fart
Seperti namanya, telefon pintar anda akan menghasilkan bunyi kentut sebaik sahaja ada pergerakan. Bukan sahaja ia amat memalukan, malah ia sangat memalukan. Taktik nak kenakan kawan anda ialah pertolongan. “Bro, pinjam poket jap, poket aku bocor ni nak letak telefon bijak aku ni”. Lalu, nikmatilah prank ini ! – Download Here
Prank Pack
Dengan setiap aplikasi prank yang kami sudah tulis di atas, ada daripada mereka khusus prank tertentu sahaja. Manakala aplikasi ini mengandungi pelbagai prank yang berbeza. Jika anda ingin 12 prank pada satu aplikasi, anda boleh cuba install aplikasi ini. – Download Here
Kesimpulan
Memang seronok kenakan kawan-kawan kan ? Tapi janganlah terlalu kejam. Mereka ada hati, ada muka ada malu. Rambut je sama warna hitam, hati lain-lain. Manusia boleh berdendam !