Extension Cords ataupun penyambung wayar eletrik sememangnya menjadi antara peralatan keperluan terhadap kita. Satu plug eletrik itu tidak mampu mencukupi bagi kita yang mempunyai sehingga lebih daripada tiga gajet. Namun, jangan kerana terlalu kejarkan kemudahan, anda mengambil ringan tentang soal keselamatan.
Hong Kong’s Electrical and Mechanical Services Department telah menyenaraikan beberapa jenis pengecas kategori penyambung wayar yang dilabelkan sebagai mengancam nyawa pengguna. Ini kerana sudah banyak rekod berlakunya kemalangan seperti mencetuskan kebakaran kerana penyambung wayar jenis ini sangat cepat menjadi panas.
- Remax RU-S4
2. LDNIO SC3301
3. LDNIO SC3604
4. Unbranded ZGN-T06
5. Unbranded ZGN-T08
Jika anda sayangkan nyawa anda dan keluarga anda, elakkan daripada membeli atau menggunakan penyambung wayar jenis ini. Pastikan penyambung wayar yang anda gunakan itu mempunyai logo SIRIM dan diyakini selamat!