Nak jadi penggodam? Dah tak perlu menggunakan komputer lagi, hanya perlukan telefon Android anda sahaja. Sebelum anda memasang mana-mana aplikasi berikut, pastikan anda mengetahui risiko yang anda akan hadapi. Lagi satu, kebanyakkan aplikasi ini memerlukan akses root. Jika anda belum root, boleh baca Cara Root Telefon Android Paling Mudah.
1.SpoofApp/SpoofCard
SpoofApp boleh Caller ID Spoofing, mengubah suara dan merakam panggilan. Aplikasi mudah alih ini boleh dimuat turun bagi pengguna iPhone, BlackBerry dan telefon Android anda. Aplikasi ini baik untuk anda bagi membantu melindungi privasi anda di telefon. Ia akan menunjukkan nombor yang lain apabila anda membuat panggilan kepada sesorang itu. Anda pun boleh prank kawan anda guna aplikasi ini. Bagaimanapun, ia telah diharamkan dari Play Store kerana didakwa bertentangan dengan The Truth dalam Akta ID Pemanggil 2009. Namanya telah diubah kepada SpoofCard.
2.Andosid
Alat DDOS untuk Telefon Android membolehkan para profesional keselamatan mensimulasikan serangan DDOS pada server website mereka, dengan mudahnya walaupun menggunakan telefon bimbit. Ia amat berkuasa walaupun rekabentuk aplikasi ini adalah simple. Tapi hati-hati, tanpa kebenaran tuan punya server, anda boleh dihumban ke dalam penjara.
3.Faceniff
Membolehkan anda menghidu dan memintas profil sesi web melalui WiFi yang disambungkan ke telefon bimbit anda. Adalah mungkin untuk merampas sesi hanya apabila WiFi tidak menggunakan EAP tapi berkesan kepada mana-mana private network seperti Open/WEP/WPA-PSK/WPA2-PSK. Ia seperti Firesheep, namun lebih mudah digunakan. Jika anda tengah buat assignment di mamak dan anda ternampak makcik-makcik membuka Youtube, anda boleh sekat akses mereka untuk menyambung ke Youtube.
4.Nmap
Nmap (Network Mapper) adalah pengimbas keselamatan yang asalnya ditulis oleh Gordon Lyon yang digunakan untuk mencari tuan rumah dan perkhidmatan di rangkaian komputer, dengan itu mewujudkan “peta” rangkaian. Untuk mencapai matlamatnya, Nmap menghantar paket yang dibuat khusus kepada tuan rumah sasaran dan kemudian menganalisis respons. Ia boleh digunakan untuk mencari sebarang kebocoran yang mudah dimasuki oleh hacker.
5.Anti-Android Network Toolkit
zANTI adalah toolkit diagnostik rangkaian yang komprehensif yang membolehkan audit kompleks dan ujian penembusan pada Wifi anda dengan menggunakan menekan satu butang. Ia menyediakan laporan berasaskan awan yang membimbing anda melalui garis panduan mudah untuk memastikan keselamatan rangkaian terjamin. Dihasilkan oleh Zimperium Mobile Security untuk pakar siber bagi menjalankan pelbagai serangan ke atas Wifi.
6.SSHDroid
SSHDroid adalah pelaksanaan pelayan SSH untuk Android. Aplikasi ini akan membolehkan anda menyambung ke peranti anda dari PC dan melaksanakan arahan (seperti “terminal” dan “adb shell”) atau mengedit fail (melalui SFTP, WinSCP, Cyberduck, dll).
7.WiFi Analyzer
Menjadikan telefon android anda kepada alat analisis Wifi. Menunjukkan saluran Wi-Fi di sekeliling anda. Membantu anda mencari saluran yang kurang sesak untuk menghalakan wayarles anda. Jika anda seorang hacker Wifi, anda boleh gunakan aplikasi ini untuk mencari titik dimana signal Wifi mangsa adalah kuat.
8. Network Discovery
Temui tuan rumah dan imbas network mereka dalam rangkaian Wifi anda. Alat yang hebat untuk menguji keselamatan rangkaian sesebuah Wifi itu. Anda boleh mengesan siapa-siapa yang sedang connect kepada wifi anda dan boleh mencari port untuk local area network.
9.ConnectBot
ConnectBot adalah aplikasi bagi mengakses Secure Shell (SSH) . Ia boleh mengurus sesi SSH serentak, membuat terowong selamat, dan menyalin / tampal antara aplikasi lain. Pelanggan ini membolehkan anda menyambung ke pelayan Secure Shell yang biasanya dijalankan pada pelayan berasaskan UNIX.
10.Wifikill
Seperti Faceniff, ia membolehkan anda menyekat akses internet kepada mangsa yang connect wifi yang sama dengan anda. Tetapi ia lain sikit, lebih berkuasa. Membolehkan anda menyekat semua akses internet mereka dengan mudah. Jika anda perlu download sebuah fail yang berat dalam waktu kecemasan di kedai mamak, mungkin anda perlukan aplikasi ini untuk menyelamatkan anda dari wifi yang perlahan. Anda boleh baca Cara Menggunakan WifiKill.
Itu sahaja aplikasi yang terdapat dalam artikel ini. Namun, terdapat beribu-ribu aplikasi lain yang anda mungkin minat, tapi anda boleh baca 20 Aplikasi Terbaik bagi Telefon Root.