Indonesia menjadi negara terbaru yang menghentam sosial media dengan menyekat Facebook, Instagram dan Whatsapp sejurus rusuhan yang membawa maut berlaku.
Sejumlah besar pengguna di Indonesia melaporkan masalah untuk menghantar pesanan melalui Whatsapp dan mengakses Facebook, manakala hashtag #instagramdown tular di Twitter Indonesia.
Menteri Koordinator Bidang Politik Hukum dan Keamanan Indonesia, Wiranto mengesahkan perkara ini di sidang media bahawa kerajaan telah mengehadkan akses kepada sosial media. Ia bertujuan untuk menghalang penularan maklumat palsu, berita tidak sahih, propaganda jahat dan untuk mengekalkan keamanan negara.
Namun, sekatan ini boleh diatasi jika pengguna menggunakan Wi-Fi atau menggunakan data internet melalui VPN.